Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pemenang Pingat Perak Jun...

RIO DE JANEIRO - Pemenang pingat perak, Cheong Jun Hoong gagal layak ke...

Pelajar Dibuli, Diseksa Minum...

SEREMBAN - Setelah seminggu bertarung nyawa, seorang pelajar tingkatan tiga yang dipercayai dibuli dan...

CIA Kongsi Hantaran Fakta...

SHAH ALAM - Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik...

Along Dan SPWB: Dua...

ISU peminjam dipulas, dikilas dan dibilas Syarikat Peminjam Wang Berlesen (SPWB) bukan isu baharu....

Pasang Jalur Gemilang Terbalik, Lusuh Bakal Dikompaun

KOTA BHARU: Pemilik premis di bandar ini yang memasang Jalur Gemilang terbalik atau lusuh sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos ini bakal berdepan kompaun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin berkata, satu pasukan pemantau melibatkan anggota penguat kuasa digerakan dari semasa ke semasa untuk melakukan pemantauan berkait dengan perkara tersebut.

“Peringkat awal MPKB-BRI akan memberi nasihat kepada pemilik premis sekiranya mereka memasang bendera Jalur Gemilang tidak betul, lusuh atau sebagainya supaya mengubah kedudukannya atau menggantikan dengan yang baharu.

“Namun, jika ada pemilik premis yang berdegil dan tidak mengendahkan selepas diberi nasihat, tindakan mengeluarkan notis akan dilakukan, begitu juga dengan pihak-pihak lain boleh mengambil tindakan yang sama,” katanya selepas Program Semarak Gemilang 2022 Negeri Kelantan di Masjid Al-Baro’ah Pasar Besar Siti Khadijah, di sini hari ini.


Rosnazli memberitahu, semarak kemerdekaan perlu dipupuk walaupun pandemik Covid-19 masih belum reda dan sudah beralih ke fasa endemik.

Justeru katanya, semua pemilik premis di kawasan MPKB-BRI perlu memasang bendera bagi menyemarakkannya untuk menyambut bulan kemerdekaan.

“Jadi jangan anggap pemasangan Jalur Gemilang ini satu perkara yang remeh kerana ia merupakan satu kedaulatan negara kita. Kita juga sudah dua tahun tidak menyambut kemerdekaan akibat pandemik Covid-19,” jelasnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori