Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Geng Samun Alza Biru...

PULAU PINANG - Kumpulan samun yang digelar Geng Alza Biru tumpas selepas tiga...

Titik Persamaan PAS Dan...

KUALA LUMPUR - Tahun 2016 diharap membuka lembaran baharu dunia politik orang Melayu,...

Aktif Di FB Mungkin...

KUALA LUMPUR: Satu akaun Facebook milik Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim...

ADUN Tronoh Dipenjara 13...

IPOH : Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan terhadap...

PDRM Sambut Baik Pelanjutan SOSMA, IPCC Bagi Tempoh 5 Tahun

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik keputusan Dewan Rakyat semalam yang telah meluluskan usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan meluluskan usul Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM amat menghargai usaha kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang telah mengemukakan semula usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selain membacakan RUU IPCC 2020 untuk kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat.

Menurutnya, komitmen KDN dan Ahli Parlimen dalam membolehkan usul pelanjutan tempoh kuat kuasa kedua-dua undang-undang itu diluluskan adalah sokongan yang sangat besar dalam penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.

“Kita (PDRM) komited untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Perkembangan membabitkan pelanjutan ini akan memberikan peluang untuk PDRM untuk menjalankan tanggungjawab berkenaan dengan lebih efisien demi kesejahteraan keluarga Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, jelas beliau, PDRM juga menyambut baik usaha kerajaan ke arah penubuhan IPCC demi mengembalikan keyakinan masyarakat kepada pasukan PDRM.


Semalam, Dewan Rakyat telah meluluskan usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747) untuk terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini.

Usul berkenaan dibentangkan semula oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin selepas Dewan Rakyat pada minggu lalu meluluskan usul membatalkan keputusan dewan pada 23 Mac lepas.

Hamzah berkata subseksyen itu perlu dilanjutkan bagi menangani ancaman terhadap kedaulatan negara, keselamatan dan ketenteraman awam.

Subseksyen itu antaranya menyebut, seorang pegawai polis yang berpangkat Penguasa Polis atau berpangkat lebih tinggi daripada Penguasa Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari, bagi maksud penyiasatan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori