ALOR SETAR : Seorang pemandu jengkaut dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ketika menjalankan kerja di tapak pembinaan di Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang, di sini hari ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM
Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.37 pagi.
Beliau berkata, dua pasukan iaitu masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dan Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Shahril Musa tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Berdasarkan maklumat awal, dipercayai lelaki berusia 40-an dipercayai pemandu jengkaut itu dikhuatiri tertimbus di balik runtuhan tanah di kawasan itu.
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat runtuhan batu di lokasi dari kerja timbun tapak pembinaan dan mangsa adalah pemandu jengkaut terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, setakat ini kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan dengan bantuan sebuah jengkaut.
Beliau berkata, identiti mangsa belum diperolehi setakat ini.
-Berita Harian