Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kenapa DoJ Tidak Sebut...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari...

Persiapan Jentera Bantuan Banjir...

BANDAR BAHRU - Persiapan jentera bantuan banjir peringkat kebangsaan, negeri dan daerah kini...

Masalah Adat, Biar Adat...

SEREMBAN - Apa juga masalah berhubung adat di Negeri Sembilan, biar adat yang...

5 Pegawai Perisik Maut...

KABUL - Lima pegawai agensi perisikan nasional terbunuh pada Khamis selepas diserang sekumpulan...

Pemandu Lori Rempuh 11 Kenderaan Miliki 33 Saman Lampau

JOHOR BAHRU : Pemandu lori yang merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor semalam mempunyai 33 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 34 tahun itu juga mempunyai enam saman yang belum dijelaskan.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan bagaimanapun mendapati pemandu berkenaan negatif dadah,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Pemandu tersebut kini ditahan reman tiga hari bermula hari ini dengan perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar, Melody Woon Sze Mun.

Dia yang memakai baju berwarna hitam dan berseluar jeans biru tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru dalam keadaan bergari kira-kira pukul 10 pagi.


Semalam, media melaporkan sebuah lori yang membawa muatan habuk batu dipercayai mengalami masalah kerosakan teknikal merempuh 11 di laluan Tambak Johor menghala ke Singapura.

Kemalangan pada pukul 9.25 pagi itu melibatkan 12 kenderaan, iaitu masing-masing sebuah lori, bas dan van serta sembilan kereta dengan enam daripadanya merupakan kenderaan berdaftar di Malaysia dan enam yang lain bernombor pendaftaran Singapura.

Namun, kemalangan yang disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak melibatkan kecederaan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori