ANKARA – Pendakwa raya Sepanyol pada Sabtu akan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lebih lapan tahun terhadap artis sensasi Shakira atas kesalahan penipuan cukai, lapor Agensi Anadolu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Permohonan itu dikemukakan selepas Shakira pada Rabu menolak perjanjian rayuan kerana yakin tidak bersalah.
Shakira dituduh menipu pejabat cukai Sepanyol untuk pendapatan bermilai €14.5 juta (AS$14.7 juta) yang diperoleh antara 2012 dan 2014.
Pendakwa raya juga akan memohon mahkamah mengenakan denda hampir €24 juta (AS$24.5 juta) daripada penyanyi yang popular dengan lagu “Waka Waka (This Time for Africa)”.
-Sinar Harian