Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Putera Harry Tiba Di...

SYDNEY - Walaupun dalam keadaan cuaca hujan dan berangin, ia tidak menghalang orang...

2 Kes Baharu Covid-19,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan dua kes baharu positif koronavirus (Covid-19)...

Mohamed Salah Pemain Terbaik...

BINTANG Liverpool Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik PFA bagi musim 2017/2018 selepas...

Model Comel Ini Popular...

SEBAGAI seorang model, perkara yang paling mahu dielakkan mereka tentu adalah pengalaman terjatuh...

Penduduk Cemas Air Sungai Kupang Deras, Cecah Jambatan Baharu

BALING: Hujan lebat kira-kira pukul 4 petang ini mengakibatkan aliran air di Sungai Kupang deras, sekali gus membimbangkan penduduk terutama yang tinggal di Kampung Iboi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan, paras sungai selepas hujan itu dikatakan sudah mencecah jambatan Bailey yang dibina sementara bagi menggantikan jambatan lama yang runtuh akibat kejadian kepala air pada 4 Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Iboi, Abu Hasan Samah, berkata, hujan lebat berlaku sejak pukul 3 petang sebelum air dari Gunung Inas turun dengan deras ke sungai berhampiran kawasan kampung.

“Air masih deras sehingga kini dan ada tebing yang runtuh. Jika ada batang pokok yang dihanyutkan seperti kejadian kepala air lalu, saya rasa jambatan Bailey ini pun akan runtuh.

“Penduduk kini dalam keadaan bimbang dan ada penghuni yang telah diminta berpindah ke kawasan selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Bagaimanapun, Abu Hasan berkata, tiada pokok atau kayu yang dihanyutkan seperti kejadian kepala air tempoh hari setakat ini.

Tambahnya, penduduk di situ bimbang jika kolam takungan daripada projek tanaman Musang King di atas Gunung Inas pecah kerana ia mampu memberi kesan buruk kepada mereka.

“Pihak berkuasa seperti pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah berada di lokasi berisiko sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori