Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Barcelona Juara La Liga...

JARINGAN hatrik Lionel Messi memberi kemenangan bergaya 4-2 Barcelona ke atas Deportivo La...

Lori Terbalik, Pemandu Maut,...

Gombak : Pemandu lori maut manakala penumpang parah dalam kejadian kemalangan di Kilometer...

Pendekar Negara Omardin Mauju...

KUALA LUMPUR - Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital...

Ibu Selamba Biar Anak...

TINDAKAN seorang ibu membiarkan anak-anaknya bermain air pancut dalam keadaan bogel menjadi tumpuan...

Penduduk Malaysia Dianggarkan 32.7 Juta Pada 2022

PUTRAJAYA: Jumlah penduduk Malaysia pada 2022 dianggarkan 32.7 juta orang berbanding 32.6 juta orang pada 2021, dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 0.2 peratus, demikian menurut penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2022.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata penduduk warganegara meningkat daripada 30.0 juta orang pada 2021 kepada 30.2 juta orang pada 2022, dengan kadar pertumbuhan penduduk warganegara turun daripada 0.8 peratus kepada 0.7 peratus bagi tempoh sama.

Menurut penerbitan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu, hari ini, beliau berkata, komposisi penduduk warganegara pada 2022 meningkat kepada 92.6 peratus iaitu peningkatan sebanyak 0.5 mata peratus berbanding 92.1 peratus pada 2021.


“Pada 2022, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 17.0 juta dan 15.7 juta. Nisbah jantina adalah 109 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.

Mohd Uzir berkata, komposisi penduduk berumur 0-14 tahun iaitu kategori umur muda pada 2022 menurun kepada 23.2 peratus berbanding 23.6 peratus pada 2021, manakala komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.4 peratus pada 2021 kepada 69.5 peratus pada 2022.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori