Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Long Tiger Diberkas Semula...

Johor Bahru : Lelaki Rohingnya dikenali sebagai 'Long Tiger' atau nama sebenarnya Abd...

“Doktor… Timun Ini Tidak...

PERIBAHASA Melayu ada mengatakan, malang itu tidak berbau. Namun, kemalangan yang satu ini bukan...

Lelaki Rohingya Mengaku Raba...

MELAKA : Seorang lelaki Rohingya berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah...

Guna Bungkusan Kedap Udara...

ALOR SETAR - Penggunaan bungkusan yang mengandungi kertas soalan peperiksaan yang kedap udara...

Pengasas Kelab Komedi Crackhouse Ditahan

PETALING JAYA: Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dipercayai ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan komediri di kelab itu, dekat sini, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang ini di sebuah lokasi di ibu negara dan ditempatkan di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Difahamkan, tangkapan dan siasatan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Penahan ke atas lelaki itu dilakukan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Bagaimanapun tiada pengesahan lanjut daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perkara itu dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


Semalam, Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan berkata, operasi kelab komedi terletak di Taman Tun Dr Ismail itu digantung sementara kerana didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.

Katanya, pemilik premis berkenaan hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras, tetapi tiada lesen hiburan.

Dalam pada itu, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Pulau Pinang (GNIPP) semalam, membuat laporan polis terhadap pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dan meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud unsur penyebaran dakyah liberalisme di kelab itu selama ini.

Laporan polis turut dibuat oleh Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) bersama lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) terhadap lelaki terbabit dan kelab komedinya atas dakwaan menghina agama Islam dan orang Melayu dalam persembahannya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori