Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Projek Korek Sungai Atasi...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata projek...

2 Lelaki Ditahan, Dadah...

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai dadah dianggar bernilai...

Generasi Baharu Felda Perlu...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu generasi baharu Felda...

Sabah Setuju Jawatan Ketua...

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan...

Penjara Setahun, Denda RM50,000 Miliki 1,769 Telur Penyu

SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 ke atas seorang lelaki warga Filipina atas kesalahan memiliki 1,769 biji telur penyu hijau tanpa izin di Karamunting, di sini, minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdu Rasah Amin, 57, selepas tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 dan dibaca bersama Seksyen 41(4)(a) enakmen sama.

Enakmen itu memperuntukkan hukuman denda maksimun RM250,000 selain penjara tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.

Darmafikri turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda terbabit.


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Bokara di Karamunting, jam 11.50 pagi pada 15 Julai lalu.

Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar , Abdul Karim Dakog berkata, spesies penyu hijau atau nama saintifiknya ‘Chelonia mydas’ dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Mahkamah turut mengarahkan telur penyu dirampas itu diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori