Pembangkang di Malaysia barangkali satu-satunya pembangkang yang tidak mahukan pilihan raya.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Pembangkang di Malaysia satu-satunya pembangkang yang bergayut kepada kerajaan untuk survival politik.
Pembangkang di Malaysia satu-satunya pembangkang yang berpura-pura melalak dalam Dewan Rakyat.
Namun di belakang rakyat sedang menikmati banyak kelebihan dan bertepuk tampar dengan kerajaan.
Ketua pembangkang malah menikmati kedudukan bertaraf menteri sehingga pejabatnya pun kini bertaraf menteri.
Barangkali itu sebab pembangkang mahu MoU dengan kerajaan diteruskan supaya PRU15 tidak diadakan.
Ketua pembangkang berdegar-degar mengecam kerajaan tidak peduli rakyat di Parlimen, tetapi di luar Parlimen:
“Dalam MoU tidak menetapkan tarikh akhir tetapi menetapkan tarikh pilihan raya..jadi kita masih berunding”
Bukankah ini menunjukkan pemimpin pembangkang tidak pedulikan rakyat apatah penyokong sendiri?
Penyokong pembangkang dihasut menentang kerajaan, tetapi pemimpin mereka ‘bersanggama’ di belakang.
Bodohlah raykat yang menyokong pembangkang. Dulu kena kencing, sekarang pun kena kencing.
Satu-satunya harapan penyokong pembangkang kini adalah gandingan Rafizi dan Tun Mahathir tanpa Anwar.
-Mynewshub