Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Malaysia, ASEAN Desak Myanmar...

PUTRAJAYA - Presiden Burmese Rohingya Organisation United Kingdom (BROUK), Tun Khin menggesa Malaysia...

Video: Satu Keluarga Terbabas...

SEBUAHĀ keluarga berdepan detik-detik mencemaskanĀ apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam...

KPN Nafi Kumpulan 14K...

KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan...

Video Bergaduh Tersebar, Balkisyh...

PELAKON Balkisyh Semundur Khan meluahkan rasa kesal apabila video pertelingkahannya bersama bekas suami...

Pertemuan Empat Mata PM Ismail Sabri – Erdogan Hari Ini

ANKARA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Turkiye akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Kedua-dua pemimpin itu dijangka saling bertukar pandangan berhubung usaha mengukuhkan hubungan, antara dua negara, di samping berbincang mengenai isu-isu membabitkan perkembangan serantau dan antarabangsa, terutama yang berkaitan dengan sekuriti makanan dalam pertemuan di Istana Presiden itu nanti.

Ia diikuti dengan mesyuarat delegasi Malaysia dan Turkiye.

Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal.

Ismail dan Erdogan juga dijadualkan menyaksikan majlis menandatangani tujuh Memorandum Persefahanan, sebelum mengadakan persidangan media.


Erdogan kemudiannya akan menganjurkan majlis makan tengah hari untuk delegasi Malaysia.

Terdahulu hari ini Ismail Sabri mengunjungi Kemal Ataturk Memorial dan menandatangani buku pelawat memorial berkenaan, yang dibangunkan sebagai penghormatan kepada pengasas dan presiden pertama negara Turki moden itu.

Rabu, perdana menteri melawat dua penggiat utama dalam industri pertahanan dan aeroangkasa di Turkiye iaitu MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI), selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kerjasama teknologi dengan negara itu.

Perdana menteri dijadualkan kembali ke tanah air pada Jumaat.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori