Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Lulus 55,974 Unit...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 55,974 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) melibatkan...

Bipasha Basu, Anil Kapoor...

Awal Jun depan, barisan selebriti Bollywood seperti Bipasha Basu dan Anil Kapoor bakal...

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank...

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh...

Projek KLVC: Synergy Promenade...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) menfailkan...

Pertemuan Jokowi, Xi Jinping Hujung Bulan Ini

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) dijadualkan bertemu rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping akhir bulan ini bagi membincangkan kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rancangan bagi lawatan itu diumumkan oleh Menteri Penyelaras Bidang Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan selepas beliau bertemu Menteri Luar China, Wang Yi di Pulau Bali, hujung minggu lalu.

“Di hadapan seluruh delegasi Indonesia dan China, saya bersama Menteri Luar, Retno Marsudi berharap agar sinergi bagi Tumpuan Maritim Global-Inisiatif Jalur dan Laluan (GMF-BRI) yang meru­pakan dasar antara kedua-dua negara dapat diperluaskan bagi kerjasama tersebut.

“Kami berharap agar Memorandum Persefahaman (MoU) GMF-BRI dapat dimeterai oleh Presiden Jokowi ketika kunju­ngan beliau ke China yang dijadualkan akhir bulan ini,” kata Luhut.

GMF-BRI atau lebih dikenali sebagai projek infrastruktur Satu Jalur Satu Laluan (OBOR) merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Jinping pada tahun 2013. Projek mega tersebut antaranya bertujuan untuk membangunkan infrastruktur darat, laut dan udara secara besar-besaran.


OBOR juga bermatlamat untuk meningkatkan serta memperbaiki jalur perdagangan dan ekonomi antara negara-negara Asia dan kawasan sekitarnya.

Dalam pada itu, Wang Yi berkunjung ke Pulau Bali pada hujung minggu lalu bagi menghadiri pertemuan dengan menteri-menteri luar negara Kumpulan 20 (G20) selama dua hari.

Sebelum mengakhiri lawatannya ke Indonesia, beliau turut melakukan kunjungan hormat dan menemui Jokowi di Istana Merdeka, Jakarta kelmarin.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori