Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Azman Hashim Terima Ijazah...

GEORGETOWN - Pengasas Kumpulan Ambank dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AmCorp, Tan Sri Azman...

Klinik Gigi Bangsar Harap...

KLINIK pergigian di Bangsar yang merawat Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, menantu...

Yakinkan Rakyat Ada Tempat...

KUALA LUMPUR - Rakyat perlu diberi keyakinan bahawa setiap mereka mempunyai tempat dalam...

Ku Li Dipanggil Menghadap...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang...

Perumpamaan Kavadi: Antara Fizik Dan Ritual

Rasanya semua sudah tahu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 akta Komunikasi dan Multimedia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Gara-gara bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat itu didakwa membuat kenyataan tidak sensitif terhadap penganut Hindu.

Dalam wawancara bersama Asia Times baru-baru ini, Mohamad merujuk kavadi sebagai “beban” dalam menggambarkan kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Berdasarkan laporan media, Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu parti dalam kerajaan Keluarga Malaysia membuat laporan polis terhadap Tok Mat.

Artikel ini tidak mahu mengulas tentang siasatan polis kerana kita menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan polis melakukan siasatan secara adil dan saksama.

Artikel ini sekadar mengimbas tentang Tok Mat yang diketahui sebagai sosok yang akan berkata jujur tentang apa sahaja walaupun kadang-kala ia pahit untuk ditelan.

Insan ini juga diketahui amat gemar sekali menggunakan bidalan dan perumpamaan untuk menjelaskan mesej yang mahu disampaikan dalam hujah-hujahnya.

Sebagai contoh beliau sebelum ini menegur para pemimpin UMNO secara terbuka dengan menggunakan ungkapan “Kepala pemimpin UMNO mesti sejuk, jangan keluar api”

Beliau malah pernah menggunakan bidalan “Kalau tak boleh jadi garam jangan jadi langau” bagi menegur ahli UMNO yang menyusahkan parti.

Tok Mat sama sekali tidak menghina garam atau langau dalam ungkapan tersebut sebaliknya sebagai perumpamaan kepada keadaan yang berlaku.


Begitu juga Tok Mat semasa ditemuramah Asia Times beliau secara berterus terang menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berdepan hukuman jika didapati salah.

Bagaimanapun, Tok Mat menyatakan Najib perlu mendapat perbicaraan yang adil. Apa dikatakan itu adalah benar. Jika salah memang perlu menjalani hukuman.

Akan tetapi kes dikenakan terhadap Najib masih belum lagi berakhir dan sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan.

Tok Mat juga menyebut UMNO kalah teruk PRU-14 bukan kerana parti itu gagal menjaga kebajikan masyarakat sebaliknya UMNO ‘memikul’ kavadi besar (isu politik besar).

Barangkali secara spontan Kavadi dijadikan sebagai perumpamaan oleh Tok Mat kerana dirinya yang begitu dekat dengan masyarakat India di Negeri Sembilan.

Seperti semua sedia maklum hubungan masyarakat Melayu, India dan Cina di kebanyakan bahagian di Negeri Sembilan termasuk di DUN Rantau adalah sangat rapat.

 

Untuk rekod Tok Mat merupakan anak jati Negeri Sembilan dan membesar sebagai anak kampung Rantau yang terdapat ramai masyarakat India di situ.

Mungkin Tok Mat mengambarkan kavadi sebagai perumpamaan dalam konteks fizik (ukuran saiz dan berat), bukan dalam aspek ritual yang terdapat pada kavadi.

Wallahualam bissawab….

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori