Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rangka Manusia Ditemui Di...

BACHOK – Rangka manusia lengkap berpakaian seragam pelantar minyak ditemui penduduk di pesisir...

Lelaki Bunuh Perompak Rumahnya...

JOHOR BAHRU - Mangsa samun yang menikam lelaki yang memecah masuk rumahnya di...

Gempa Bumi Kuat Di...

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6 pada skala Richter berlaku...

Umat Islam Wajib Pertahan...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Peruntukan RM500,000 Bantuan Awal Banjir Kilat Di Baling – PM

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk bantuan awal kepada mangsa-mangsa banjir kilat di Lembangan Sungai Kupang dan Sungai Tiak, Baling Kedah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan bantuan kepada 112 ketua isi rumah (KIR) iaitu Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000, bantuan Barang Keperluan Asas sebanyak RM2,500, bantuan Barangan Elektrik sebanyak RM500 dan pembaikan rumah.

Untuk itu, beliau mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali untuk menyelaraskan bantuan segera kepada semua mangsa yang terlibat memandangkan Perdana Menteri kini berada di Turkiye bagi lawatan rasmi ke negara berkenaan atas jemputan Presidennya, Recep Tayyip Erdogan.

“Setiausaha Politik saya, Datuk Mohammad Anuar bersama pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyampaikan BWI kepada semua KIR pada hari ini termasuk tiga waris mangsa yang meninggal dunia sebanyak RM10,000 seorang.

“Kebanyakan rumah yang terkesan dengan musibah ini mengalami kerosakan dan sebanyak 25 buah rumah musnah sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bencana tersebut telah meragut tiga nyawa dan menjejaskan seramai 1,490 orang mangsa melibatkan 112 KIR.


Tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu PPS SMK Jerai, PPS Surau An Nur dan PPS SMK Agama Al Khiriah.

Pada masa sama, Perdana Menteri mengarahkan semua agensi kerajaan terlibat untuk mengenal pasti kerosakan dan pembaikan yang perlu dilakukan untuk memastikan mangsa-mangsa tragedi ini ada tempat berteduh yang selesa selepas ini.

Jelas beliau, bantuan-bantuan lain akan disusuli dengan segera termasuklah kerja-kerja pembersihan kawasan dan projek-projek tebatan banjir yang kritikal.

“Kerajaan Persekutuan terus komited untuk menyediakan peruntukan sewajarnya bagi perkara ini.

“Saya akan memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa-mangsa ini akan diberi perhatian sepenuhnya dengan kerjasama erat daripada semua pihak baik dari kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori