Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiga Disahkan Maut, Pesawat...

JAKARTA - Dua orang awam adalah antara tiga orang yang disahkan maut dalam...

Duta AS Tarik Balik...

THE HAGUE - Duta baru Amerika Syarikat ke Belanda, semalam menarik balik ulasan...

Pulau Pinang Janji Corak...

KUALA LUMPUR - Pulau Pinang menjanjikan tahap kecergasan, disiplin serta tempo permainan lebih...

MAHB Kekal Sebagai Operator...

ISTANBUL – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mahu mengekalkan statusnya sebagai operator Lapangan...

PKR Tanding Semua Kerusi Dimenangi PRU-14, Sasar Parti Terkuat Dalam PH

SHAH ALAM : PKR memutuskan untuk terus bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan berunding dengan rakan Pakatan Harapan (PH) untuk menambah bilangan kerusi sedia ada, bagi tujuan memperkukuh kedudukan PKR dalam PH.

“PKR akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN yang kita menang dalam PRU 2018. Semua kerusi yang kita menang, kita akan masuk tanding semula.

“Ini keputusan yang dibuat dalam temu rapat parti beberapa bulan lalu. Kita juga bersetuju berunding dengan parti sahabat PH untuk dapat kerusi tambahan bagi membolehkan kita muncul sebagai parti terbesar dan terkuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) di sini, hari ini.

Mengulas isu kerusi pilihan raya pada sidang media selepas itu, Saifuddin berkata, PKR sudah mempunyai sasaran jumlah kerusi untuk ditandingi dalam PRU, bagaimanapun ia masih tertakluk persetujuan dalam PH.

Beliau berkata, agihan kerusi itu sekali gus menyaksikan tidak akan ada satu parti yang akan menguasai secara majoriti mudah jumlah kerusi yang ditandingi atau sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen.

“Kalau kita duduk dengan saf pembangkang, kita lihat ‘patten’ (corak) dalam PRU terdahulu, paling busuk kita (PH) ada 68 kerusi di semenanjung, paling tinggi 95 kerusi (boleh menang). Maknannya dalam PRU akan datang, tiada ‘single’ (satu) parti yang boleh menang mudah.


“Kita mesti menjadi parti terkuat dalam blok pembangkang. Jadi kami ada jumlah nombor kerusi disasarkan, tetapi kami tak boleh umum sebab mendahului rundingan dengan parti sahabat (DAP dan Parti Amanah Negara),” katanya.

PKR pada PRU 2018 lalu menang di 48 kerusi Parlimen dan 73 kerusi DUN.

Terdahulu ketika ucapan perasmian itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, idealisme perjuangan PKR hanya akan dapat difahami sekiranya organisasi sedia ada mantap dan tidak berpecah belah.

“Organisasi yang kucar kacir mana mungkin kita boleh faham. Rukun pertama dalam pejuangan ini kena jadikan parti ini sebagai organisasi mantap. Barulah dia boleh terjemah idealisme perjuangan.

“Ukuran kejayaan reformasi jangan anggap hanya dikira dengan berapa kerusi kita sudah menang, maka kita sudah berjaya.. (ini) salah. Ramai menteri (dalam Kabinet) maknanya berjaya reformasi.. (ini) pun salah.

“Kejayaan sebenar reformasi apabila kita ada kuasa politik, kita perkenal melalui dasar negara yang akhirnya rakyat dapat faedah dan manfaat. Itu kejayaan sebenar reformasi,” katanya.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori