Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Taufan Winston: Pelancong Keluar...

SUVA - Pelancong antarabangsa mula meninggalkan Fiji, yang dibadai taufan Winston, yang menyebabkan...

NGO Minta Jakim Jelas...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini digesa menjelaskan status...

Usaha Gabung UEM Sunrise,...

PUTRAJAYA - Usaha pihak tertentu supaya sebuah syarikat hartanah swasta yang dikaitkan dengan...

7 Rumah P.Pinang Markas...

KEPALA BATAS - Enam buah rumah dan sebuah markas PAS di Kampung...

PM Sri Lanka Beri Kuasa Kepada Tentera

COLOMBO – Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe memberi keizinan kepada tentera Sri Lanka untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi mengembalikan ketenteraman selepas penunjuk perasaan menyerbu pejabatnya kelmarin, lapor stesen penyiaran BBC.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Wickremesinghe dilantik sebagai pemangku Presiden selepas Presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri ke Maldives awal kelmarin.

Bagaimanapun, pelantikan Wickremesinghe mencetuskan bantahan seterusnya oleh rakyat Sri Lanka yang mendesak supaya beliau turut berundur.

Sejak awal tahun ini, krisis ekonomi Sri Lanka yang bermula pada 2019, menjadi semakin buruk sekali gus paling dahsyat dalam tempoh beberapa dekad.

Rakyat menyalahkan pentadbiran Rajapaksa sebagai punca krisis ekonomi Sri Lanka dan menganggap Wickremesinghe yang menjadi Perdana Menteri pada Mei lalu sebahagian daripada masalah tersebut.

Rajapakasa melarikan diri ke Maldives selepas kediaman rasminya diserbu oleh penunjuk perasaan pada Sabtu lepas.


Beliau bagaimanapun masih belum menyerahkan surat rasmi peletakan jawatannya.

Peguam hak asasi Sri Lanka, Bhavani Fonseka memaklumkan bahawa apa sahaja boleh berlaku dalam situasi sekarang termasuk tentera mengambil alih pentadbiran negara.

“Perlembagaan Sri Lanka adalah kukuh. tentera tidak pernah campur tangan dalam hal politik atau kerajaan.

“Namun dalam keadaan tidak terkawal seperti sekarang, semua kemungkinan boleh berlaku,” kata Fonseka.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori