Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ibu Aliff Syukri Kata...

BERJAYA macam mana pun anda, ibu bapa adalah insan paling utama dalam kehidupan....

Bajet 2018: Pelbagaikan Infrastruktur...

SIK - Bajet 2018 yang bakal dibentangkan 27 Okt ini, diharap akan turut...

Pengaktifan Tanpa Sengaja ‘Lift...

KUALA LUMPUR : Laporan akhir mengenai nahas pesawat Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier...

Ahmad Zahid Berikrar Tidak...

ISTIQOMAH... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan terus kekal dalam UMNO meskipun...

Polis Buka Kertas Siasatan Himpunan #Turun

KUALA LUMPUR – Polis membuka satu kertas siasatan berhubung Himpunan #Turun yang berlangsung di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Setakat ini, seramai 30 individu telah dikenal pasti dan kesemua individu yang terlibat dalam himpunan terbabit akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Keterangan mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Noor Dellhan berkata, pihaknya telah mengesan satu perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang dihadiri kira-kira 100 individu yang terdiri daripada mahasiswa serta ahli politik.

“Peserta didapati mengadakan perhimpunan sambil memegang plakad dan sepanduk bertulis ‘potong gaji menteri’, ‘turun dan lawan’ serta lain-lain lagi.

“Polis juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang atau tindakan tegas akan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori