Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

GoPlug, Beg Sandang Dengan...

POWER Bank yang digunakan sebagai 'bateri tambahan' peranti pintar kini boleh dimiliki pada harga...

‘DIY’ Ais Krim Goreng...

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!Hah , sesiapa yang baru pulang bergotong-royong melakukan ibadat...

Anwar Dan Juak-Juak Ke...

KUALA LUMPUR - Seperti biasa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri...

Jangan Terpedaya Pihak Tertentu...

PARIT BUNTAR - Kerajaan negeri Perak meminta penduduk sekitar Kuala Kurau agar tidak...

Polis Buru Lelaki Tikam Bekas Kekasih

Melaka : Dipercayai berang apabila pelawaan untuk keluar bersama ditolak, seorang lelaki tergamak menikam bekas kekasihnya di kaki lima sebuah hotel di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian pada 6.26 petang.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah kemudian dikejarkan ke lokasi, sebelum menemui kedua-dua mangsa wanita berusia 23 dan 25 tahun yang cedera.

“Kedua-dua mangsa mendakwa sedang berjalan balik dari tempat kerja di hotel berkenaan sebelum didatangi bekas teman lelaki kepada wanita berusia 23 tahun.

“Suspek dikatakan terus mengeluarkan senjata dipercayai pisau sebelum cuba menikam wanita terbabit, namun sempat ditahan oleh mangsa dengan tangan selain pisau turut terkena pada bahagian kakinya.

“Dalam pergelutan itu, mangsa terjatuh dan rakannya yang cuba membantu, turut cedera di telinga akibat terkena pisau suspek,” katanya ketika dihubungi.


Christopher berkata, kedua-dua mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa menolak ajakan bekas teman lelakinya untuk keluar bersama setelah wanita itu memutuskan hubungan mereka, kira-kira dua minggu lalu.

“Suspek dipercayai menaiki sebuah kereta berdasarkan nombor kenderaan yang digunakan dicam oleh saksi di tempat kejadian.

“Gambar suspek juga sudah diperolehi dan disahkan oleh mangsa dan usaha mengesannya kini giat dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori