Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Kelantan Tampil Kekuatan, Benam...

KOTA BHARU - Kelantan merakam kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Liga Super 2015...

Malaysia Antara Terbaik Dalam...

KUALA LUMPUR - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia telah memuji Malaysia...

Pelukis Gambar Trump Bogel...

Seorang pelukis yang bersikap kurang ajar dengan melukis potret calon presiden Amerika Syarikat,...

Pembabitan Pejuang Dalam PRN...

KUALA LUMPUR: Pembabitan parti Pejuang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu...

Polis KL Lengkapkan Siasatan Penipuan Visa Haji Furada

Kuala Lumpur : Polis Kuala Lumpur dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung penipuan visa haji furada oleh dua ejen pelancongan yang beroperasi di Danau Kota, Setapak di sini, membabitkan kerugian lebih RM2 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, sebanyak 47 laporan polis diterima berhubung kes berkenaan dan susulan itu dua lelaki serta tiga wanita warga tempatan berusia 28 hingga 51 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Setelah tempoh reman tamat pada 16 Julai lepas, kesemua individu terbabit diserahkan kepada Polis Kontinjen Johor untuk siasatan berkaitan modus operandi yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk mendapatkan keputusan tindakan lanjut.


Semalam, Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya menerima 121 laporan berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunakan visa furada yang melibatkan kerugian lebih RM5.1 juta di seluruh negara.

Pada 7 Julai lalu, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pelancongan swasta.

Mereka dipercayai menggunakan visa furada, iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori