Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan 1 Maut...

TAIPING - Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Johan, Trong maut...

Malaysia Dinobatkan Negara Paling...

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menduduki tempat keempat sebagai negara paling bahagia di...

PM Rasmi Sistem Pengangkutan...

PETALING JAYA - Pengangkutan awam menggunakan teknologi mesra alam pertama negara, sistem Bas...

Video: Ibu Alpa, Anak...

AKIBAT kelalaian seorang ibu, sebuah rakaman yang memaparkan kanak-kanak perempuan menonton klip video...

Polis KL Pula Siasat Kes Rogol Penceramah Bebas

Kuala Lumpur : Penceramah bebas yang disyaki merogol perempuan 14 tahun akan direman sehingga minggu depan selepas polis Kuala Lumpur menyiasat kes membabitkan suspek.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menerima suspek hari ini daripada polis Selangor.

“Reman mungkin sehingga minggu depan untuk tujuan tuduh di mahkamah,” katanya ketika dihubungi.

Harian Metro semalam melaporkan penceramah bebas yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun akan diserah ke Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi tindakan lanjut.

Ia dilakukan selepas tempoh reman lima hari terhadap suspek berusia 30-an itu tamat.


Media sebelum ini melaporkan seorang penceramah bebas popular ditahan Isnin lalu selepas dipercayai terbabit dalam kes merogol remaja berusia 14 tahun.

Lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori