Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Thailand Akan Lupuskan Kenderaan...

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berikrar untuk melupuskan kenderaan lama yang berusia lebih...

Ditidurkan Bukan Pengakhiran Pesakit...

PETALING JAYA – Pesakit Co­vid-19 diberikan bius untuk ditidurkan bukan bermakna mereka sudah...

Cadang Guna Dron Untuk...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia menimbang cadangan menggunakan...

Usul Mahathir Burukkan Perpecahan...

KUALA LUMPUR - Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul undi tidak percaya...

Polis Temui Senapang 9 Laras Di Rumah Suspek Pembunuh Shinzo Abe

TOKYO – Polis Jepun menemui ruang simpanan senjata buatan sendiri di kediaman suspek kes pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, termasuk senapang patah sembilan laras, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Abe, 67, meninggal dunia di hospital akibat kecederaan pada leher dan dada selepas ditembak menggunakan senjata api buatan sendiri ketika berkempen di wilayah Nara, Jumaat lalu.

Suspek yang melepaskan tembakan, Yamagami Tetsuya, merupakan seorang pesara tentera laut Jepun. Dia dilaporkan me­rancang pembunuhan itu selama berbulan-bulan.

Serbuan yang dilakukan di pangsapuri miliknya menemui beberapa senjata api buatan sendiri serta bahan letupan.

Menurut media tempatan, senjata api yang ditemui termasuk senapang patah lima dan sembilan laras .

Suspek berusia 41 tahun itu juga dikatakan memberitahu polis bahawa dia membuat senapang tersebut menggunakan besi paip. Ada antaranya mempunyai tiga, lima atau enam laras dengan bahan binaan dibeli secara online, lapor Badan Penyiaran Jepun (NHK).


Tetsuya juga tidak cuba me­larikan diri sejurus selepas me­nembak Abe, menyebabkan dia diberkas serta-merta oleh polis.

Suspek juga dilaporkan me­ngakui bahawa dia tiada pilihan selain membunuh Abe.

Tetsuya yang bekerja di sebuah gudang di Kyoto, digambarkan sebagai lelaki pendiam.

Seorang jirannya mendakwa mendengar bunyi bising seperti seseorang sedang menggunakan gergaji pada waktu lewat malam dalam masa beberapa bulan lepas.

Suspek berkata, dia menembak Abe kerana pemimpin itu mempunyai kaitan dengan sebuah organisasi keagamaan yang dibencinya. Organisasi itu menyebabkan ibunya obses sehinggakan perniagaan milik keluarga mereka muflis kerana ibu suspek kerap menderma kepada pertubuhan tersebut.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori