Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mayat Kim Jong-nam Diawet...

KUALA LUMPUR - Mayat Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un...

Selangor Terima RM56 Juta...

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini menyerahkan peruntukan berjumlah RM56,412,369.60 kepada Selangor bagi imbuhan tahunan...

Pakatan Rakyat Masih Wujud...

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) masih wujud dengan adanya kerjasama antara PAS...

Kes Demam Denggi Di...

SHAH ALAM - Kes demam denggi di Selangor menunjukkan trend penurunan dengan 40,164...

Polis Terengganu Buka Kertas Siasatan Kes Penipuan Pakej Haji

KUALA TERENGGANU : Polis Terengganu membuka satu kertas siasatan berkaitan kes penipuan pakej haji tidak wujud membabitkan kerugian RM38,000.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud, berkata ia susulan laporan dibuat individu berusia 62 tahun dari Dungun yang dipercayai menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan itu.

“Siasatan awal mendapati, mangsa membuat bayaran pertama sebanyak RM3,000 kepada agensi pelancongan itu pada 2 Jun lalu.

“Seterusnya dia membuat bayaran penuh RM35,000 sebelum dijanjikan diberikan tiket penerbangan dan lain-lain urusan berkaitan.

“Bagaimanapun, pemilik agensi berkenaan memberikan pelbagai alasan dan gagal menempah tiket penerbangan mangsa sehingga menyebabkannya terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Julai lalu sebelum satu laporan polis dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Md Zambri berkata, tangkapan terhadap suspek akan dibuat dalam tempoh terdekat selepas siasatan di kontinjen lain yang terbabit selesai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori