Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Institut Memandu Perlu Senaraikan...

PUTRAJAYA – Semua Institut Memandu (IM) diarah untuk menyenaraikan caj ujian memandu dalam...

Bomba Pantau Lokasi Runtuhan...

KUALA LUMPUR :Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus memantau di lokasi kejadian...

Lewis Hamilton Dihalau Kerana...

BINTANG Formula One, Lewis Hamilton telah dihalau keluar dari menonton kejohanan Tenis Wimbledon...

Objektif Kem Latihan Pusat...

PETALING JAYA – Pengendali skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim...

Presiden, PM Sri Lanka Umum Letak Jawatan Selepas Rumah Diserbu, Dibakar

COLOMBO – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa mengumumkan akan meletak jawatan selepas penunjuk perasaan bertindak menyerbu kediaman rasminya di Colombo di samping membakar rumah Perdana Menteri, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketika kekecohan itu, kedua-dua pemimpin tersebut tidak berada di kediaman mereka. Penunjuk perasaan mendesak Gotabaya untuk meletak jawatan selepas melaksanakan protes selama berbulan-bulan bagi membantah kegagalan pentadbiran beliau dalam menguruskan ekonomi negara.

Susulan itu, Gotabaya menyatakan akan meletak jawatan pada 13 Julai ini. Selain beliau, Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe turut bersetuju untuk melepaskan kedudukannya.

Speaker Parlimen Sri Lanka berkata, Gotabaya bersetuju untuk meletak jawatan bagi memastikan peralihan kuasa yang aman serta meminta rakyat agar menghormati undang-undang.

Pengumuman tersebut disambut oleh letupan bunga api di ibu kota Colombo sebagai tanda meraikan pengunduran Gotabaya.


“Kini tiba masanya untuk menyingkirkan presiden dan perdana menteri bagi kepentingan era baharu Sri Lanka,” kata seorang penunjuk perasaan, Fiona Sirmana.

Dalam kekecohan yang berlaku semalam, orang ramai menyerbu kediaman rasmi Gotabaya, melaung slogan dan mengibar bendera negara Sri Lanka sebelum merempuh pagar sekatan dan menceroboh hartanah tersebut.

Ada antara mereka yang masuk ke dalam kolam renang, berkeliaran di dalam rumah, menyelongkar barangan rumah dan laci serta menggunakan bilik air mewah milik pemimpin berkenaan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori