Banyak propaganda disebarkan pengundi muda akan menolak Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung Mac lalu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
BN digambarkan akan berdepan kesulitan untuk menang PRN Johor kerana pengundi muda didakwa tidak akan memilih BN.
Hakikatnya BN bukan sahaja menang 40 kerusi DUN, malah menyapu bersih banyak kerusi DUN dengan jumlah pengundi muda terbanyak.
Dalam PRN Melaka, trend pengundi di semua saluran pengundi muda menyaksikan kemenangan di hampir semua kerusi dimenangi BN.
Justeru, tidak benarlah propaganda mereka-mereka yang cuba mencipta naratif bagi mewujudkan persepsi pengundi muda menolak BN.
Usah memandang rendah daya analitikal golongan muda. Harus mengerti golongan ini yang mempunyai keupayaan memproses informasi.
Perkembangan teknologi mendedahkan mereka kepada pelbagai maklumat untuk diteliti dan dianalisa bagi membuat rumusan yang sewajarnya.
Anak muda juga semakin arif dalam membezakan antara persepsi dan realiti, tentang rekaan dan konspirasi, pembohongan atau kebenaran.
Mereka turut mendalami natijah hasutan fitnah yang mempengaruhi fikiran sebahagian rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)
Kenyataan ini sama sekali bukan untuk bermegah, tetapi untuk menegaskan anak muda bersama BN apabila mereka memahami dan mengerti.
Sebab itu kita mengucapkan syabas kepada jentera BN kerana berjaya menangkis dan meneutralkan segala macam penipuan lawan setakat ini.
Bagaimanapun masih banyak perlu dilakukan untuk memastikan golongan muda mengetahui dengan jelas bahawa BN mendokong aspirasi mereka.
Sebagaimana kita menampilkan sinergi calon muda dan calon lama yang saling melengkapkan antara satu sama lain pada PRN di Melaka dan Johor.
Menawarkan kepada pengundi calon muda yang kaya dengan idea dan inspirasi, manakala calon lama penuh dengan pengalaman dan pengetahuan.
Begitu juga perjuangan BN untuk agenda-agenda generasi baharu dalam segenap aspek termasuk pendidikan dan peluang pekerjaan.
Keabsahan mengenai BN mendokong penuh aspirasi generasi muda negara perlu terus menerus diperjelaskan bagi membantu mereka untuk memahami.
Petikan Telegram Channel Zahid Hamidi
-Mynewshub