Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Cabaran Masa Kini Tugas...

KUALA LUMPUR - Ramai beranggapan, tugas sebagai guru tidak memerlukan seseorang itu bekerja...

Finalis ABPBH 2014.. Artis...

SENARAI penuh finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) telah disiarkan menerusi...

Isu Stoking: Stand Down...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak menyumbang apa-apa...

Tuduhan Terhadap PM Bersifat...

SUSULAN tuduhan akhbar Wall Street Journal bahawa dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion)...

Proses Mengundi Di Jepun Diteruskan

TOKYO – Pilihan raya Dewan Negara Jepun tetap diteruskan seperti dijadualkan semalam, dua hari selepas peristiwa berdarah melibatkan pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pilihan raya tersebut dijangka memberi kemenangan mudah dan pengukuhan sokongan majoriti Parti Demokratik Liberal (LDP) yang dianggotai mendiang Abe.

Perdana Menteri, Fumio Kishida dan ahli politik lain menegaskan bahawa pembunuhan mengejut itu tidak akan menghentikan proses demokrasi dan mengambil keputusan untuk meneruskan proses undian.

“Kita tidak boleh sekali-kali membenarkan keganasan menyekat kebebasan bersuara semasa pilihan raya, yang merupakan asas demokrasi,” kata Kishida.

Beliau sempat meluangkan masa untuk mengucapkan takziah di rumah keluarga Abe di Tokyo, di mana mayat beliau tiba pada petang kelmarin.

Kishida, 64, pernah digambarkan sebagai antara pengganti pilihan Abe dan memegang majoriti kukuh di Parlimen bersama parti gabungan, Komeito.


Bagaimanapun, beliau berdepan cabaran dasar getir termasuk kenaikan harga dan kekurangan tenaga, terutamanya selepas fenomena gelombang haba awal musim panas yang membawa kepada masalah tenaga.

Pembunuhan Abe yang berlaku pada petang Jumaat lalu menggemparkan dunia apabila beliau dibunuh oleh pesara tentera maritim, Tetsuya Yamagami,41, menggunakan senjata buatan sendiri.

Yamagami dipercayai berdendam dengan sebuah organisasi yang tidak dinamakan dan percaya mendiang merupakan sebahagian daripada pertubuhan tersebut.

Media tempatan menyifatkan organisasi itu sebagai pertubuhan agama dan berkata keluarga Yamagami mengalami masalah kewangan akibat sumbangan ibunya kepada kumpulan itu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori