Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PAS, UMNO Negeri Akan...

KUALA TERENGGANU - Kepemimpinan PAS di semua negeri akan mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan...

Kehebatan Sultan Mizan Demi...

KUALA TERENGGANU – Senyuman Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi tindakan spontan...

3 Kampung Di Changkat...

TELUK INTAN - Penat belum habis, banjir lagi. Itulah yang boleh diungkapkan nasib...

Stres Kerja, Doktor Boleh...

KUALA LUMPUR — Talian bantuan untuk membantu doktor perubatan menangani tekanan kerja dan...

PRU15: BN Mampu Rampas Kembali Lima DUN Di Perlis

KANGAR : UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri mampu merampas kembali lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu dalam pilihan raya akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO negeri, Nor Halmey Hamdah berkata, hal demikian kerana, BN hanya tewas dalam majoriti yang kecil sahaja meskipun pada PRU14 berlaku tsunami politik di seluruh negara.

Katanya, daripada lima kerusi DUN itu, tiga daripadanya BN kalah dengan majoriti bawah 400 undi manakala dua lagi adalah di bawah 1,300 undi serta 3,200 undi.

“Keputusan PRU14 telah menunjukan tsunami politik tidak berlaku dengan menyeluruh di Perlis kerana hakikatnya UMNO dan BN masih berjaya menguasai majoriti dua pertiga kerusi DUN dengan kemenangan 10 kerusi daripada 15, manakala Parlimen kita menang dua daripada keseluruhan tiga Parlimen di negeri ini.

“Adakah jumlah undi majoriti yang kecil ini layak dipanggil sebagai tsunami politik di Perlis. Tidak, tsunami politik Pakatan Harapan (PH) dan Pas tidak berlaku di negeri ini,” katanya di sini, semalam.

Dalam PRU14, BN tewas di kerusi DUN Indera Kayangan, Sena, Kuala Perlis, Sanglang dan Guar Sanji serta satu di Parlimen Kangar.

Tambah Nor Halmey, jumlah majoriti undi yang kecil dibawah 3,500 undi dikategorikan sebagai kawasan boleh menang atau kelabu putih yang mampu dikembalikan kepada BN dalam PRU15.

Katanya, tsunami politik PH dan Pas tidak berlaku di Perlis pada PRU14, walaupun negeri jiran Kedah menyaksikan BN kalah di 33 kerusi daripada keseluruhan 36 DUN.


“Mengapa tsunami politik Pas tidak berlaku di Perlis seperti mana di Kedah. Hal demikian bermadsud Pas bukanlah menjadi pilihan rakyat Perlis malah dua kerusi yang dimenangi itu adalah dengan majoriti undi sangat kecil iaitu kelebihan hanya 42 undi di Sanglang dan 328 undi di Guar Sanji.

“Manakala PH pula hanya memenangi tiga kerusi sahaja berbanding pencapaian PH di Kedah yang memenangi 18 daripada 36 DUN dalam PRU14,” katanya.

Justeru katanya, model 70 peratus muka baharu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu dilaksanakan di Perlis bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti itu.

Katanya, hakikatnya, model tersebut telahpun dilaksanakan oleh PH pada PRU14 yang menampilkan muka baru dan golongan muda sebagai calon dan ternyata ia berjaya memikat hati pengundi.

“Menyedari keberkesanan strategi ini, maka Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri terus menggunakan model ini bagi membolehkan UMNO dan BN Perlis menyapu bersih kerusi DUN dan Parlimen di negeri ini pada PRU15.

“Keduanya, mood rakyat yang serik terhadap janji kosong PH telah menimbulkan kesedaran kepada mereka sekali gus memberi kelebihan kepada BN yang terbukti berjaya daripada segi keupayaan dan keberkesanan pentadbirannya,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori