Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SPRM Sokong Azam Baki,...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpendirian tohmahan dan serangan dibuat...

Bazar Aidilfitri Lorong TAR...

KUALA LUMPUR : Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR), di sini...

Kesetiaan Terhadap Mah Tidak...

TELUK INTAN - Sebagaimana tingginya Menara Condong Teluk Intan, tinggi lagi kesetiaan penduduk...

Percaya Pada Takdir, Kamal...

PELAKON popular, Kamal Adli sedar dirinya bakal dihujani dengan soalan tipikal membabitkan soal...

Puad: Muhyiddin Mahu Faizal Azumu Jadi TPM

Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zakarshi mendakwa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mahu supaya timbalannya Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Katanya Muhyiddin mahu Ahmad Faizal Azumu jadi timbalan perdana menteri kerana dia timbalan presiden PPBM. Bukan Azmin Ali.

“Azmin mesti marah. Politik bertambah tidak stabil,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Puad mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa dia telah membincangkan pelantikan kabinet – termasuk jawatan timbalan perdana menteri yang kosong – dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Bagi Puad, tindakan melobi Muhyiddin itu menyebabkan politik negara semakin tidak stabil kerana selagi permintaan itu tidak dipenuhi, Ismail Sabri akan terus diugut dan ditekan.

“Antara bentuk ugutan yang boleh berlaku ialah, tarik sokongan, menteri Bersatu tidak beri kerjasama dalam kabinet, tidak ikut arahan atau buat keputusan bercanggah dengan PM, dakwanya.


Menurut Puad, Muhyiddin mahu jawatan Zuraida Kamaruddin sebagai menteri industri perladangan dan komoditi yang baru-baru ini meninggalkan Bersatu segera digantikan.

“Muhyiddin mahu isu ini diselesai segera untuk elak lagi ramai ahli parlimen Bersatu jadi katak.

“Wan Ahmad Fayhsal dan Wan Saiful (Wan Jan) sama sama bersaing untuk isi tempat Zuraida.

“Antara dua Wan ini, siapa hati kecil,” sindirnya.

Zuraida meninggalkan Bersatu pada 24 Mei untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) – parti yang menyokong Ismail Sabri. Setakat ini, perdana menteri belum menyatakan sama ada Zuraida akan diganti.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori