Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DUN Sabah Lulus Undi...

KOTA KINABALU - Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan...

Tak Henti Menangis, Wanita...

KEJAM! Seorang ibu muda berusia 27 tahun di China bertindak seperti hilang akal...

Perancangan Kahwin Masih Kabur...

PETALING JAYA - Penyanyi Adira menjelaskan dia dan teman lelakinya, Shahrul Nasrun Kamarudin...

Anuar Zain Kongsi Gambar...

PENYANYI popular Anuar Zain akhirnya membuka akaun peribadi Instagramnya @anuarzain70 pada Rabu lalu. Anuar,...

Rayu Kaji Semula GEG, Denda Terlalu Tinggi – PRIMAS

KUALA LUMPUR : Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) merayu kepada kerajaan agar mengkaji semula keputusan untuk melarang penjualan tembakau dan produk rokok pada masa hadapan yang akan menjejaskan perniagaan makanan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kenyataan PRIMAS itu dibuat ekoran laporan berita baru-baru ini bahawa kerajaan telah meluluskan rang undang-undang tembakau oleh Kementerian Kesihatan, termasuklah melarang penjualan rokok dan produk vape kepada golongan yang lahir selepas 2007.

Presiden Primas J Suresh berkata, PRIMAS amat percaya bahawa langkah drastik yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan akan memberi kemudaratan daripada kebaikan kepada pengguna dan perniagaan yang sah sepertinya.

“Bukan sahaja ia akan menyebabkan kami kehilangan pendapatan, ia juga akan mengganggu operasi perniagaan kami.

“Seperti yang diutarakan di media, pelaksanaan larangan merokok kepada generasi akan datang, akan memberi kesan yang mahal kepada ahli persatuan. Peruncit akan didenda sehingga RM30,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya jika ahli persatuan tidak mematuhi undang-undang.”

“Kami tidak menggalakkan merokok, tetapi polisi ini memberi cabaran kepada kami. Kami diminta untuk melakukan pemeriksaan sama ada seseorang itu lahir selepas 2007 melalui MyKad pada masa akan datang, yang akan menambah kerumitan kepada perniagaan kami.

Selain itu, jualan produk adalah sumber pendapatan tambahan kami dan ia akan terkesan di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Suresh, pemilik restoran pada masa ini menghadapi kesusahan berikutan

pandemik, kenaikan harga barang dan kekurangan pekerja.


“Kami masih lagi bergelut menghadapi isu-isu ini, dan peraturan dan undang-undang sebegini akan memberi kesan kepada pendapatan, meningkatkan kos operasi dan mewujudkan kerumitan tambahan yang akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Suresh juga menambah bahawa kerajaan perlu membuktikan bahawa polisi ini akan berjaya.

“Adakah kerajaan yakin bahawa kaedah tambahan ini dapat menghentikan orang ramai daripada merokok, ataupun ia hanyalah satu lagi undang-undang yang tidak akan dikuatkuasakan dengan baik ataupun menambah kekeliruan kepada semua pihak.” katanya.

Suresh menjelaskan bahawa isu rokok seludup perlu diselesaikan sekiranya Kerajaan mahu menghentikan tabiat merokok.

“Pasaran seludup mempunyai kawalan sebanyak 60 peratus ke atas pasaran keseluruhannya dan polisi baru ini tidak langsung menyentuh situasi ini.

Malah, larangan ini akan hanya menjadikan semua produk yang dijual di pasaran akan menjadi haram di masa hadapan apabila tidak ada syarikat sah yang menjual produk ini di Malaysia,” tambah beliau,

Primas sebaliknya menggesa kerajaan untuk memberi tumpuan kepada langkah membendung perdagangan rokok seludup yang menyebabkan negara kehilangan RM5 bilion pendapatan cukai setiap tahun dan memudaratkan perokok berikutan kandungan yang tidak dikawal.

“Kerajaan Malaysia perlu mengambilkira kesemua perkara ini sebelum membuat apa-apa keputusan. Bukan semua polisi akan berkesan dan ini bukanlah masanya untuk memberi risiko kepada industri makanan dan minuman,” jelasnya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori