Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ahmad Zahid Mahu Persatuan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu...

Anuar Alias: Hero Tentera...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles "BIARPUN bertugas tanpa senjata tetapi entah macam mana saya...

11,034 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 terus mencatatkan peningkatan kepada 11,034 kes, menjadikan jumlah kumulatif...

Awang Sariyan ‘Pulang’ Ke...

KUALA LUMPUR - Bagai sirih pulang ke gagang, begitulah reaksi persatuan kesusasteraan tanah...

Remaja Parah Melecur Dibakar Rakan

CHUKAI: Seorang remaja parah melecur pada bahagian leher dan badannya dipercayai dibakar beberapa rakannya dekat Perasing Jaya, Jabor Kemaman, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata remaja lelaki berusia 15 tahun yang melecur itu pulang ke rumah dengan menangis kesakitan untuk meminta bantuan keluarganya pada kira-kira jam 3 pagi.

Beliau berkata, bapa remaja terbabit terkejut selepas melihat keadaan anaknya itu yang melecur dari leher hingga ke bahagian belakang.

“Mangsa yang menangis akibat kesakitan itu ditanya apa yang terjadi dan mangsa menceritakan badannya dibakar oleh rakannya.

“Siasatan awal polis mendapati, badan mangsa dibakar beberapa rakannya yang menuduhnya mencuri wang tunai berjumlah RM100,” katanya.

Hanyan berkata, mangsa dipercayai disimbah cecair dipercayai minyak sebelum dicucuh api yang menyebabkan badan mangsa melecur.


“Berikutan itu, polis menahan enam individu termasuk suspek utama berusia 18 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati semua mereka negatif dadah,” katanya

Beliau berkata, pihaknya giat memburu beberapa lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Mangsa kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori