Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pencari Etok Ditemui Mati...

BERA - Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika sedang mencari etok...

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan...

KOTA BHARU: Seorang pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki bersama 11 rakan...

PPM Semporna Tahan Enam...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan enam pendatang asing tanpa izin...

21,468 Kes Positif Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes positif Covid-19 hari ini ialah 21,468 kes, hanya...

Remaja Perlu Bayar RM267,600 Kerana Ancaman Bom Palsu

MADRID, SEPANYOL – Sebuah pesawat komersial yang sedang dalam penerbangan dari London ke Pulau Menorca dipintas oleh jet pejuang tentera Sepanyol selepas seorang penumpang menyiarkan ancaman bom palsu di laman sosial, lapor akhbar The Telegraph kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian pada Ahad lalu, seorang penumpang ber­usia 18 tahun dari Britain diberkas polis Sepanyol dan terpaksa bermalam di lokap.

Dia akan dihadapkan ke mahkamah dan berkemungkinan didakwa atas kesalahan mengganggu ketente­raman awam.

Suspek yang identitinya tidak didedahkan itu turut berkemungkinan perlu membayar £50,000 (RM267,600) untuk menampung kos tindak balas kecemasan oleh pihak berkuasa Sepanyol termasuk mengerahkan jet pejuang.

Menurut polis Sepanyol, pihaknya mengaktifkan protokol keselamatan khas sejurus selepas mengesan amaran me­ngenai ancaman bom tersebut dalam satu aplikasi media sosial.

Berdasarkan rakaman insiden, sebuah jet pejuang F-18 dilihat terbang menghampiri pesawat Airbus A-319 milik syarikat pe­nerbangan easyJet itu. Pesawat A-319 boleh membawa antara 120 hingga 150 penumpang.

Jet pejuang itu membuat isyarat meminta juruterbang pesawat penumpang easyJet supaya mengekorinya.


Para penumpang pula terta­nya-tanya tentang apa sebenar­nya yang berlaku.

Penerbangn EZY8303 yang berlepas dari Lapangan Terbang Gatwick pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) itu akhirnya mendarat dengan selamat di Menorca tetapi lewat setengah jam pada Ahad lalu.

Pesawat itu diarah berhenti di sebuah kawasan khas dan jauh dari bangunan terminal serta pesawat lain.

“Kami melaksanakan operasi khas melibatkan pakar pemusnah bom serta anjing pengesan untuk mengesan bahan letupan di dalam pesawat sebelum keada­an disahkan selamat.

“Individu yang membuat ancaman bom itu telah dikenal pasti di media sosial bersama-sama dengan lima individu lain sebagai saksi,” kata polis Sepanyol.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori