Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pilih Parti Dapat Ubah...

SANDAKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat berfikir secara...

Kemenangan PRK Sungai Kandis...

ALOR SETAR - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Bantah RUU 355: DAP...

KUALA LUMPUR - DAP perlu keluar daripada pentadbiran kerajaan Selangor jika parti itu...

Mohd. Reza Kini Panglima...

KUALA LUMPUR - Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dilantik sebagai Panglima Tentera...

RM12 Juta Bina Kompleks Pentadbiran Daerah Kecil Jelai

LIPIS : Kerajaan negeri akan membina sebuah Kompleks Pentadbiran Daerah Kecil Jelai baharu di daerah ini bernilai RM12 juta yang bakal memberikan manfaat kepada 40,000 orang penduduk kawasan tersebut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek di kawasan seluas 2.528 hektar dan terletak di Jalan Bukit Betong-Kepong itu akan bermula penghujung tahun ini melibatkan pembinaan dua blok bangunan menempatkan pejabat, kaunter bersepadu, bilik perbincangan, ruang bekerja, tempat menunggu, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kafe, bilik cetak, bilik kebal, bilik fail, surau, stor dan tandas.

“Kompleks pentadbiran daerah kecil ini turut menempatkan Pejabat Pahang Barat Plus, Pejabat Agama Islam Daerah, Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Peruntukan projek ini berjumlah RM12 juta dan pembinaannya akan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada awal 2025,” katanya di Sungai Koyan dekat sini.

Menurut Wan Rosdy, projek itu akan memberikan manfaat kepada kira-kira 40,000 orang penduduk termasuk Orang Asli di 30 buah kampung kawasan Jelai serta berdekatan.


“Kemudahan ini memberikan keselesaan kepada orang ramai melakukan semua urusan termasuk pembayaran hasil, hak milik dan pusaka tanah, urusan berkaitan projek pembangunan luar bandar, pembayaran bil air dan elektrik, permohonan bantuan kebajikan serta berkaitan syariah dan agama Islam.

“Kompleks baharu ini untuk memudahkan semua urusan berkenaan bagi orang ramai khususnya penduduk Jelai perlu ke bandar Kuala Lipis yang jaraknya 30 kilometer, manakala kalangan penduduk Orang Asli di pedalaman yang mengambil masa perjalanan jauh serta kesukaran tertentu,” katanya.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai selanjut menjelaskan, sehingga kini kerajaan juga membuka di Pejabat Daerah Kecil Jelai yang ketika ini beroperasi di tapak sementara di Balai Serbaguna Bukit Betong untuk kemudahan penduduk Jelai melakukan segala urusan tersebut, tetapi mempunyai ruang yang terbatas termasuk kekurangan kemudahan lain.

“Berasaskan prestasi kutipan hasil tahunan yang cukup memberangsangkan yang diuruskan oleh Pejabat Daerah Kecil Jelai, di Bukit Betong kerajaan negeri bersetuju membina Kompleks Pentadbiran Daerah Kecil Jelai yang baharu dengan memberikan keutamaan keselesaan serta kemudahan tertentu kepada penduduk di kawasan tersebut,” ujarnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori