Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

KBS: Najib Arah Buat...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan supaya siasatan berhubung...

Lelaki Maut Kereta Dipandu...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung...

Kes Covid-19 Di Seluruh...

ANKARA - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia melebihi 704,000 semalam, lapor...

Teliti Konsep, Mekanisme Sidang...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa khas bagi mengkaji konsep dan mekanisme sidang Parlimen secara...

RM140 Juta Naik Taraf HSA

JOHOR BAHRU : Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM140 juta bagi menaik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, projek naik taraf itu dijangka dimulakan pada bulan depan dan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Katanya, bagi tidak mengganggu operasi harian hospital itu, kerja-kerja menaik taraf akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan dijangka siap sepenuhnya pada 11 Julai 2025.

“Skop projek adalah menaik taraf bekalan elektrik utama daripada 6.6kV kepada 33 kV, sistem elektrik, mekanikal, pencegahan kebakaran, gas perubatan, Building Automation System (BAS), teknologi maklumat, kerja konservasi dan perlindungan alam sekitar serta infrastruktur berkaitan.

“Kerja menaik taraf ini tidak akan mengganggu atau menjejaskan operasi, bahkan HSA akan berjalan seperti biasa.


“Projek ini dilakukan secara berfasa dan jika perlu kita pindahkan pesakit di HSA ke hospital lain bagi memastikan rawatan dapat diteruskan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor serta pengurusan HSA, di sini hari ini.

Kerja-kerja menaik taraf hospital yang berusia 140 tahun dilakukan oleh Selengara Maju Trading sebagai kontraktor utama.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan lalu menzahirkan rasa sedih dengan kerajaan Pusat yang tidak menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap infrastruktur awam di negeri ini.

Dalam pada itu, Tian Soon berkata, proses naik taraf berkenaan adalah satu keperluan setelah hospital pertama di Johor Bahru itu pernah berlaku beberapa kebakaran yang serius pada 2016, sekali gus menjamin keselamatan di hospital berkenaan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori