Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Semua Anak Pergi Sekelip...

DUNGUN - “Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah ‘pergi’...

ESSCom Perhebat Program Penerangan...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan memperhebatkan program...

Senarai Mangsa Cedera Kemalangan...

MUAR - Berikut senarai mangsa yang cedera dalam kemalangan bas ekspres di Km137.3,...

Arwah Hubungi Bapa Minta...

PORT DICKSON - “Kali terakhir saya bercakap dengan arwah anak melalui telefon dua...

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

MOSCOW – Sebuah robot pemain catur mematahkan jari lawannya iaitu seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam satu kejohanan di Moscow, Russia, lapor saluran berita NBC News semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Insiden berlaku minggu lalu selepas budak lelaki tersebut mengatasi gerakan robot kecerdasan buatan (AI) tersebut, kata Presiden Persekutuan Catur Moscow, Sergey Lazarev kepada agensi berita Russia, Tass.

Video yang memaparkan insiden semasa pertandingan Catur Terbuka Moscow itu tular di media sosial selepas disiarkan oleh media tempatan, Baza News.

Ketika kejadian, robot itu mencapai salah satu buah catur budak lelaki itu dan membuangnya daripada papan catur. Sebelum lengan robot itu dialihkan semula, budak lelaki itu membuat satu lagi gerakan dengan menolak satu buah catur ke tempat yang sama bidaknya dialihkan.

Cakar mekanikal robot itu turun semula ke papan catur lalu memegang jari telunjuk budak lelaki itu dan bukannya buah catur.

Ia memegang jari itu selama sekurang-kurangnya 15 saat sebelum dua orang yang menyaksikan kejadian itu berjaya membuka cakar lengan itu dan melepaskan jari mangsa.


“Budak itu membuat gerakan dan selepas itu perlu memberi masa kepda robot untuk bertindak balas tetapi dia tergesa-gesa lalu ia menangkapnya,” kata Lazarev kepada agensi berita Tass.

Tambah beliau, budak lelaki itu terus bermain dalam kejohanan itu dengan jarinya dibalut.

Baza News kemudian mengenal pasti budak lelaki itu sebagai Christopher dan berkata, dia adalah salah seorang daripada 30 pemain catur terbaik di Moscow bagi kategori bawah umur 9 tahun.

Ibu bapa budak itu mahu menghubungi pejabat pendakwa raya, kata Lazarev.

“Kami akan berkomunikasi, cuba menyelesaikannya dan membantu dalam apa jua cara yang boleh. Pengendali robot perlu memikirkan cara mengukuhkan perlindungan supaya kejadian seperti itu tidak berlaku lagi,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori