Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wany Tak Mahu Ibunya...

LUMRAH menjadi selebriti adalah menghadapi situasi sukar berupa gosip murahan yang sengaja diada-adakan...

Jangan Pandang Mudah Cabaran...

GEORGE TOWN - Dalam misi memburu tiga mata penting untuk terus kekal dalam Liga Super musim depan, skuad bola sepak Pulau Pinang diingatkan agar tidak...

Isu Kartel PDRM: Beberapa...

KUALA LUMPUR: Beberapa individu telah dipanggil bagi memberikan kenyataan susulan isu kartel yang...

3 Pemain Badminton Masih...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Institut Sukan Negara (ISN) akan...

RUU Kawalan Tembakau, Merokok Dibawa Kepada Kabinet Minggu Depan

SERDANG : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, akan membawa memorandum mengenai rang undang-undang (RUU) kawalan tembakau dan merokok, kepada Kabinet pada minggu depan untuk kelulusan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Khairy berkata, jika diluluskan, RUU berkenaan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat, bulan ini.

“Untuk langkah pertama, saya mesti meyakinkan Jemaah Menteri. Kita sudah menerima ulasan, jadi saya sedang sediakan jawapan kepada ulasan itu dan selepas dipersetujui nanti, baru kita akan bawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Kita sudah melaksanakan pelbagai sesi libat urus dengan pelbagai pihak. Saya juga akan mengadakan taklimat dengan Ahli Parlimen sebelum undang-undang dibahas nanti supaya mereka memahami kesan daripada kelulusan RUU ini,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program Generational Endgame Advocacy Roadshow (GEGAR) – WANITA di Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Majlis turut dilancarkan bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori