Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

21 Pegawai, Anggota Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seramai 21 pegawai dan anggota polis ditahan di seluruh negara...

Pakcik Pandu Kereta Naik...

ALAHAI pakcik...agak-agaklah pandu kereta sampai naik laluan jejantas untuk motosikal.Tapi, mungkin kita boleh...

Rasuk Jejantas Merekah Diturunkan...

SHAH ALAM : Kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di...

30 Rakyat Malaysia Sertai...

KUALA LUMPUR - Seramai 30 rakyat Malaysia dipilih menyertai program Tetamu Raja Arab...

RUU Larangan Bertukar Parti Dibahas 27 Dan 28 Julai

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dicadang dibahaskan di Dewan Rakyat pada 27 dan 28 Julai ini.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata RUU terbabit bersama penyata laporan Jawatankuasa Pilihan Khas akan diletak di atas meja ahli Parlimen pada 18 Julai ini.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti Bil 6 2022 hari ini berjaya memuktamadkan draf RUU dan meneliti draf penyata yang bakal dibentang pada persidangan Parlimen bermula 18 Julai hingga 4 Ogos ini.

“Perbincangan hari ini turut meneliti dan mempersetujui garis masa RUU ini termasuk pembentangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“RUU ini dicadang dibahaskan pada 27 dan 28 Julai di Dewan Rakyat, tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Wan Junaidi berkata, sesi libat urus bersama ahli Dewan Negara dicadang pada 8 Ogos manakala bacaan kali pertama RUU itu di Dewan Negara dicadang pada 9 Ogos, diikuti bacaan kedua pada 10 Ogos ini.

Selepas mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, katanya, RUU itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan antara 11 hingga 26 Ogos untuk diperkenan manakala pewartaannya dijangka antara 29 Ogos hingga 2 September depan.

“Garis masa RUU mencadangkan supaya libat urus Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan AGC (Jabatan Peguam Negara) bersama ahli Dewan Rakyat Kerajaan diadakan pada 25 Julai dan libat urus bersama ahli Dewan Rakyat pembangkang pada 26 Julai.

“Ada beberapa persoalan dibangkitkan segelintir ahli Jemaah Menteri menerusi mesyuarat Kabinet pada 1 Jun lalu dan ia sudah dijawab oleh jawatankuasa pilihan khas serta dipanjangkan ke Mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori