Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Raja Arab Saudi Rombak...

RIYADH – Raja baharu Arab Saudi, Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, mengumumkan satu...

Pos Malaysia Keluarkan Setem...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi setem dan filateli khas...

Video: Gelinya.. Cacing Jenis...

VIDEO menunjukkan sejenis cacing yang diletakkan di atas tapak tangan menimbulkan perasaan geli...

PAS Akur Perkenan Agong...

PAS Kelantan akur dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berhubung pelantikan...

Saranan Dos Penggalak Kedua Diperhalusi

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Kerja Teknikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memperhalusi sama ada untuk menyarankan dos penggalak kedua kepada mereka yang tiada masalah kesihatan berusia 60 tahun ke bawah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ia akan diputuskan dalam tempoh seminggu atau dua minggu akan datang selepas melihat maklumat terperinci.

Katanya, jawatankuasa sama juga tidak mengesyorkan vaksinasi diberikan kepada kanak-kanak di bawah lima tahun dan lebih banyak lagi data diperlukan terutamanya keselamatan sebelum keputusan mengenainya dibuat.

“Kita perlukan lebih banyak lagi data terutama dari segi keselamatan sebelum kita mengesyorkan vaksinasi untuk golongan di bawah lima tahun,” katanya pada sidang media hari ini.


Pada sidang media sama beliau berkata, mereka yang mempunyai komorbiditi akan mendapat janji temu dos penggalak yang kedua minggu depan.

Katanya, mereka yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai penyakit kronik dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera akan mendapat pautan temujanji.

“Kita juga menggalakkan kanak-kanak dan remaja yang berusia lima hingga 17 tahun yang mempunyai masalah kesihatan dengan immunocompromised situation untuk mendapatkan dos yang ketiga atau pun dos penggalak,” katanya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori