Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SKWAK Diperluas Ke Sabah...

KUCHING - Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) yang sebelum ini hanya dilaksanakan...

LZS Agih Bantuan Persekolahan...

SHAH ALAM - "Sekarang yuran pendaftaran pra sekolah pun boleh mencecah dua ratus...

Mahu Anak Berhenti Menangis…...

SEORANG bapa bertindak kejam untuk membuatkan anaknya yang baru berumur setahun berhenti menangis,...

Rain Tolak Tawaran Berlakon...

BAKAT yang dimiliki bintang terkenal Korea Selatan, Rain turut mendapat perhatian dari produksi...

`Saya Tidak Berdendam Dengan Menantu Dan Besan’

JOHOR BAHRU : Keluarga mangsa insiden bunuh isteri dan bayi lelaki, semalam tidak menyimpan dendam dan sudah memaafkan suspek serta keluarganya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bapa mangsa, Rosman Ahmad, 58, berkata besannya berkali-kali meminta maaf susulan insiden yang meragut nyawa anak ketiganya, Hajar Nursyahirin, 26 dan cucu lelaki, Hans Mohd Thakif Amir, berusia kira-kira dua bulan itu.

“Sejak semalam, dia (bapa suspek) jumpa saya dan berkali-kali minta maaf. Saya maafkan sebab bukannya kita boleh menghakimi sesuatu benda yang kita tidak tahu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.

Rosman berkata, beliau sempat bertanya kepada besannya jika suspek mempunyai masalah yang tidak diketahui.

Namun, katanya, bapa suspek mengesahkan lelaki itu tidak mempunyai masalah, membuatkan beliau yakin menantunya itu mungkin mengalami gangguan.

“Saya ada tanya apa masalah peribadi anak dia, besan kata memang tidak ada. Tetapi, saya dapat tahu dia berhenti kerja sebelum ini sebab dapat projek cuci kapal di Desaru.

“Kita orang dah berumur ini fikir, mungkin kawasan itu ‘keras’, jadi mungkin apa yang berlaku pada dia dan apa yang dia buat pada anak saya, bagi saya, bukan dia, mungkin juga gangguan,” katanya.


Pada masa sama, Rosman berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian terhadap suspek.

“Itu hak mereka (orang ramai) nak bercakap, tetapi kita lebih tahu menantu kita. Memang kesan daripada apa orang ramai cakap itu beri kesan kepada keluarga terutamanya besan saya.

“Cuma saya harap orang ramai jangan buat andaian dan spekulasi yang bukan-bukan. Saya yang mentuanya ini pun tidak fikir begitu sebab saya kenal dia baik,” katanya.

Ditanya mengenai majlis persandingan pasangan itu dan majlis aqiqah bayi lelaki itu yang dijadualkan pada 24 Julai ini, Rosman berkata, ia dibatalkan.

Namun, majlis pernikahan anak keduanya yang sepatutnya berlangsung sehari sebelum itu akan diteruskan dan turut diadakan majlis tahlil.

Jenazah dua beranak itu akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, di sini, dijadualkan petang ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori