Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

7 Sungai Di Lembah...

PETALING JAYA – Tujuh sungai di Lembah Klang dan Selangor dilaporkan telah melepasi...

Akauntan Bertauliah Kaji Struktur...

KUALA LUMPUR — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melantik sekurang-kurangnya dua akauntan...

Vaksin Bivalen Dijangka Tiba...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memberitahu vaksin bivalen Pfizer mungkin tiba di...

Barisan Pemain Malaysia Pamer...

KUALA LUMPUR - Pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berpuas...

Sejuta Jemaah Wukuf Di Arafah Esok

MEKAH – Hampir semua jemaah dari seluruh dunia telah berada di Tanah Suci Mekah bagi melakukan ibadah haji dengan bersiap sedia untuk berwukuf di Arafah esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kemuncak ibadah haji itu merupakan waktu bagi jemaah haji melaksanakan wukuf di Arafah, bermula dari terbenamnya matahari (waktu zuhur) pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga terbitnya fajar pada 10 Zulhijah.

Tahun ini merupakan musim haji terbesar sejak pandemik koronavirus menyerang seluruh dunia, dua tahun lalu.

Seramai sejuta umat Islam yang telah menerima vaksinasi penuh, termasuk 850,000 jemaah luar negara telah dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini.

Di Masjidil Haram, ia telah dipenuhi dengan para jemaah yang bersiap sedia untuk melakukan ibadah tawaf di sekeliling Kaabah.

Jemaah lelaki dan wanita yang memakai ihram serta jubah dilihat berjalan berhampiran Kaabah, dengan ada antaranya yang memakai dan tidak memakai pelitup muka.

“Semalam merupakan kali pertama saya melihat Kaabah di hadapan mata saya sendiri.

“Saya telah lama mengimpikan untuk datang ke sini. Akhirnya, saya tiba juga di Tanah Suci Mekah,” kata seorang jemaah wanita dari Rusia, Halima, 30.


Pada 2019, kira-kira 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia mengerjakan ibadah haji sebelum Covid-19 melanda dunia dan menyebabkan kerajaan Arab Saudi menyekat dan mengehadkan kemasukan jemaah luar negara.

Hanya seramai 60,000 jemaah yang menerima vaksinasi penuh dan rakyat Arab Saudi mengerjakan ibadah itu pada 2021, meningkat daripada hanya 10,000 pada 2020.

Tahun ini, peluang mengerjakan haji dibuka kepada umat Islam seluruh dunia yang berumur di bawah 65 tahun serta menerima vaksinasi lengkap.

Jemaah dari luar negara turut diminta menyerahkan keputusan negatif bagi ujian tindak balas rantaian polimerase balikan (PCR) Covid-19 yang dilakukan dalam masa 72 jam sebelum berlepas.

Di Masjidil Haram, pasukan perubatan wanita telah bersiap sedia di beberapa lokasi selain anggota sukarelawan turut membawa kerusi roda untuk membantu jemaah yang kurang berkemampuan.

Beberapa kemudahan kesihatan, klinik mudah alih dan ambulans turut disediakan pihak berkuasa untuk kemudahan jemaah.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori