Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Isteri Mengandung, Shahrizal Jaszle...

LUMRAH apabila sudah berumah tangga, setiap pasangan pastinya mengimpikan mahu menimang cahaya mata sendiri.Begitulah...

Suami Isteri Samun Warga...

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri hanya sempat bergembira enam jam dengan hasil...

Rayuan Liwat: Nasib Anwar...

MELEWATI dua bulan tanpa perkembangan setelah tamat prosiding hujahan pada 4 November 2014, akhirnya...

Fazura Menangis Single Dapat...

MESKIPUN sentiada dikritik kerana tidak boleh menyanyi, namun haters Fazura boleh menangis kerana...

Selamba Tunggang Motosikal Curi

Alor Setar : Dua motosikal yang dipercayai hilang pada Mei dan 10 Julai lalu ditemui semula susulan penahanan dua lelaki yang dikesan menunggang motosikal terbabit, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mereka ditahan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Alor Setar, di sekitar kawasan Kota Tanah, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, terdahulu, sepasukan anggota yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan itu menahan seorang penunggang motosikal yang dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikal ditungganginya.

“Semakan lanjut pihak polis mendapati motosikal itu dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.

“Kira-kira 6.45 petang hari sama, pasukan CPJ yang membuat rondaan sekali lagi terserempak lelaki lain yang juga menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Menurutnya, tindakannya menyebabkan polis mengekori lelaki dan menahannya untuk tujuan pemeriksaan.

Katanya, pemeriksaan mendapati motosikal ditunggang lelaki itu dilaporkan hilang di Jalan Pintu Sepuluh, di sini, Mei lalu.

“Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Curi Motosikal).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori