Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

TNB Bantu Persekolahan 200...

BERUAS - Seramai 200 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Beruas...

Bagi Masa Untuk Tenangkan...

SUSULAN pendedahan rakannya mengenai dirinya yang tidak sama seperti lelaki berwajah anime, Amirul...

Video: Gunting Rambut Berapi…...

KEBIASAANNYA, peralatan seperti sikat, gunting dan mesin pemotong rambut sudah menjadi benda wajib...

Penghantar Makanan Dijel Sebulan...

PETALING JAYA - Seorang penghantar makanan dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di...

Shinzo Abe Dikhuatiri Terbunuh Selepas Ditembak

TOKYO – Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dikhuatiri meninggal dunia hari ini selepas ditembak semasa berkempen di wilayah Nara, lapor media tempatan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Badan penyiaran NHK melaporkan, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditangkap atas cubaan membunuh, manakala polis turut merampas senjata api suspek.

Abe sedang menyampaikan ucapan pada satu perhimpunan politik menjelang pemilihan dewan tinggi pada Ahad ini apabila bunyi tembakan kedengaran, lapor NHK dan agensi berita Kyodo.

“Beliau sedang berucap dan seorang lelaki menyelinap dari belakang secara tiba-tiba.

“Tembakan pertama berbunyi seperti pistol mainan. Abe tidak rebah. Tembakan kedua boleh dilihat, anda boleh melihat percikan api dan asap,” kata seorang wanita yang berada di lokasi kejadian kepada NHK.

Abe, 67, kemudian rebah dan terdapat pendarahan pada lehernya, kata sumber partinya, Parti Liberal Demokratik kepada agensi berita Jiji Pess.


NHK dan Kyodo melaporkan bahawa Abe dibawa ke hospital dan tiada tanda-tanda menunjukkan beliau masih hidup.

Media tempatan turut dilaporkan bahawa pemimpin itu ditembak dengan menggunakan senapang patah.

Abe yang merupakan perdana menteri Jepun paling lama berkhimat, memegang pentadbiran negara pada 2006 selama setahun dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020 apabila beliau terpaksa meletak jawatan kerana faktor kesihatan.

Jepun memiliki undang-undang kawalan senjata api antara paling ketat di dunia dengan angka kematian tahunan akibat senjata api di negara yang mempunyai 125 juta penduduk itu tidak sampai dua angka.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori