Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jualan Sentuhan Rakyat Bantu...

GEORGE TOWN - Bayangkan satu tin kecil sardin hanya dijual harga 20 sen...

Tiada Individu Termasuk Hakim...

KUALA LUMPUR : Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Kepulauan...

China Ambil Tindakan Undang-undang...

BEIJING: China yang mahu mempertahan kepentingannya, memfailkan saman dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)...

Shinzo Abe Disahkan Meninggal Dunia

TOKYO – Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe disahkan meninggal dunia selepas beliau ditembak semasa berkempen di wilayah Nara, lapor badan penyiaran awam, NHK dan agensi berita Jiji Press.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Menurut seorang pegawai kanan parti Abe, Parti Liberal Demokratik, Abe menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di bandar Kashihara di mana beliau sedang menerima rawatan. Abe meninggal dunia pada usia 67 tahun,” kata NHK

Terdahulu, NHK melaporkan bahawa seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditangkap atas cubaan membunuh, manakala polis turut merampas senjata api suspek.

Pemimpin itu ditembak semasa berkempen di wilayah Nara hari ini.

Abe sedang menyampaikan ucapan pada satu perhimpunan politik menjelang pemilihan dewan tinggi pada Ahad ini apabila bunyi tembakan kedengaran, lapor NHK dan agensi berita Kyodo.

“Beliau sedang berucap dan seorang lelaki menyelinap dari belakang secara tiba-tiba.


“Tembakan pertama berbunyi seperti pistol mainan. Abe tidak rebah. Tembakan kedua boleh dilihat, anda boleh melihat percikan api dan asap,” kata seorang wanita yang berada di lokasi kejadian kepada NHK.

Abe, 67, kemudian tumbang dan terdapat pendarahan pada lehernya, kata sumber partinya, Parti Liberal Demokratik kepada agensi berita Jiji Pess.

Media tempatan turut dilaporkan bahawa pemimpin itu ditembak dengan menggunakan senapang patah.

Abe yang merupakan perdana menteri Jepun paling lama berkhimat, memegang pentadbiran negara pada 2006 selama setahun dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020 apabila beliau terpaksa meletak jawatan kerana faktor kesihatan.

Jepun memiliki undang-undang kawalan senjata api antara paling ketat di dunia dengan angka kematian tahunan akibat senjata api di negara yang mempunyai 125 juta penduduk itu tidak sampai dua angka.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori