Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cawan Terbaru KFC.. Lepas...

YA, anda tidak tersalah baca.Nampaknya sudah semakin advance tahap kemajuan makanan di zaman serba canggih...

Menteri Kewangan Akan Ke...

PUTRAJAYA - Projek saluran paip gas membabitkan RM9.4 bilion adalah antara topik yang...

Lelaki Tumbuk Mati Pemandu...

SEORANG bekas opreator kren berusia 31 tahun dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh...

Bersanding Selepas 11 Tahun...

“KIRA-KIRA 11 tahun lalu, kami hanya nikah di pejabat agama dan tidak adakan...

Siasatan Kes Cabul: Pegawai Penyelidik Exco Beri Keterangan

SEREMBAN – Seorang pegawai penyelidik kepada exco kerajaan Negeri Sembilan memaklumkan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul seorang wanita di sebuah hotel di Negeri Sembilan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahmad Shukri Kamarudin berkata, dakwaan yang dilemparkan kepadanya adalah bersifat dendam dan bermotifkan politik.

“Saya mengesahkan bahawa saya dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan oleh pihak polis pada 4 Julai lalu.

“Saya memberi kerjasama yang penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia supaya proses siasatan ini dapat dibuat secara telus,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Menurut Ahmad Shukri, dia bersama pasukan peguamnya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Tambah pegawai itu, dia sedang mempertimbangkan tindakan mengikut lunas undang-undang bagi membersihkan namanya.


Sinar Harian pada Isnin melaporkan polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian cabul yang dikatakan melibatkan seorang pegawai kepada exco kerajaan Negeri Sembilan di sebuah hotel di Negeri Sembilan.

Suspek yang merupakan lelaki berusia 30-an itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut pada 30 Mac dan 26 April lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima laporan daripada mangsa pada Ahad lalu.

“Siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk menggunakan khidmat forensik, mengambil keterangan daripada saksi-saksi yang boleh membantu siasatan seterusnya mengesan suspek.

“Semua pihak diharap tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori