Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gol Ronaldo Pada Ketinggian...

MILAN - Tandukan luar biasa udara dengan melawan graviti oleh bintang superstar Cristiano...

Bojan Hodak, Nenad Bacina...

GEORGETOWN - Bekas ketua jurulatih Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak...

Pelajar Mati Dipukul Guru...

TERNATE (Indonesia) - Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mati selepas dipukul...

“Haram Is Haram Bro!”...

TINDAKAN Pencetus Ummah (PU) Amin yang berani serta lantang menegur perlakuan beberapa individu...

Sindiket Seleweng Minyak Diesel Bersubsidi Rentas Dua Negeri Tumpas

SEREMBAN: Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi berjaya ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur dalam serbuan di sebuah stor haram di Taman Perindustrian Perdana Bukit Palong di Lukut, Port Dickson, Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, berdasarkan risikan selama dua minggu, pihak sindiket dikesan menggunakan modus operandi dengan sanggup melalui perjalanan sejauh 120 kilometer dari Kuala Lumpur melalui kawasan sunyi merentas dua negeri.

Ariffin berkata, hasil serbuan pada pukul 4 petang mendapati, stor haram itu dijadikan pusat menyimpan barang kawalan itu tanpa lesen dengan sebanyak 10,200 liter minyak diesel bernilai RM21,930 termasuk dua buah lori tangki, sebuah lori bonded, tiga unit hos minyak dan sebuah pam keseluruhannya bernilai RM123,000 telah disita.

“Dalam operasi ini, KPDNHEP turut menahan empat lelaki termasuk pemilik stor haram berusia 30 hingga 45 tahun kerana disyaki terlibat dalam urus niaga barang kawalan tanpa lesen yang sah.

“Aktiviti ini dipercayai dijalankan oleh pihak sindiket dengan mengutip minyak diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur sebelum dihantar ke lokasi stor haram di Lukut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ariffin berkata, pihak sindiket turut dikesan mengisi minyak diesel di stesen minyak pada waktu pagi ketika orang sedang sibuk dan kemudian menghantar di lokasi penyimpanan di luar Kuala Lumpur.


“Minyak diesel itu diisi dalam lori yang diubahsuai dengan sekali pengisian sebanyak 250 liter dua kali sehari.

“Kemudiannya, pemandu lori akan melalui jalan sunyi dan kawasan kelapa sawit bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Tambah beliau, perbezaan minyak diesel bersubsidi di stesen minyak dengan industri melebihi RM3 per liter yang menjadi faktor utama pihak sindiket mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori