Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Isu Tengah Panas, Uqasha...

SELEPAS berita penahanannya berkenaan kes dadah tersebar luas di media, pelakon jelita, Uqasha...

Muzik Video ‘Kill This...

BARU sahaja dilancarkan belum sampai 24 jam, klip video lagu terbaru Blackpink, “Kill...

Peg. Bank Thai Turut...

PATTANI - Jabatan Hal Ehwal Haji Thailand melaporkan sorang warga Thai meninggal dunia...

Cradle Fund: Samirah, 2...

SHAH ALAM - Balu dan dua remaja yang didakwa membunuh bekas Ketua Pegawai...

SOP Akan Diketatkan Jika Kes Covid-19 Meningkat – Khairy

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan pertimbang untuk mengetatkan kembali prosedur operasi standard (SOP) sekiranya kes Covid-19 terus meningkat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menjelaskan perkara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan bagaimanapun berharap rakyat terus patuh pada pematuhan SOP yang diguna pakai sejak menghadapi pandemik berkenaan.

“Cukup setakat beri peringatan kepada orang ramai untuk terus patuh dengan SOP yang masih ada, pakai pelitup muka di kawasan tertutup.

“Namun, sekiranya kes meningkat, perlu kerajaan buat keputusan pertimbang nak ketatkan atau tidak. Tetapi, saya harap pematuhan secara sukarela dapat dimantapkan tanpa ada paksaan atau penguat kuasa melalui undang-undang yang dipakai sejak dua tahun lepas,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Sabri Azit (Pas-Jerai), adakah kerajaan bercadang mengetatkan kembali SOP berikutan kes Covid-19 yang kini semakin meningkat.

Semalam, Kementerian Kesihatan mendedahkan, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 kategori tiga, empat dan lima Covid-19 ke hospital awam meningkat sebanyak 33 peratus bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-28 tahun 2022 (ME 28/2022).

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori