Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lantik Nurul Izzah Salah...

Bukan sahaja pembangkang, Hassan Abdul Karim turut tidak sedang dengan pelantikan Nurul Izzah...

Suka Hati Mahathir Tetapi...

KUALA LUMPUR - "UMNO masih ada. Tak mengapa. Suka hati dialah..." Itu respons ringkas...

Agong Adakan Sesi Pra-Kabinet...

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini telah berkenan mengadakan sesi...

“Saya Tetap Diva Menang...

PASRAH... Selebriti kontroversi, Azwan Ali, berkata statusnya sebagai seorang diva tidak tergugat walau...

Sri Lanka Akhirnya Dapat Bekalan Petrol Tetapi Terhad

COLOMBO – Bekalan bahan api seperti petrol dan gas memasak dijual semula secara terhad di beberapa buah bandar selepas bantahan anti kerajaan menyebabkan Sri Lanka huru-hara hujung minggu lalu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beribu-ribu pembeli yang keletihan, beratur panjang di stesen-stesen minyak dan pusat komuniti di seluruh ibu negara Sri Lanka, Colombo kelmarin.

Bekalan baharu itu memberi kelegaan kepada penduduk Colombo yang berbulan-bulan berdepan kekurangan bahan api, makanan dan keperluan asas lain. Krisis kewangan kali ini adalah yang paling buruk dialami penduduk Sri Lanka sejak negara itu merdeka.

Inflasi yang berleluasa menyebabkan harga melonjak, manakala rizab mata wang asing juga kehabisan, menyebabkan Sri Lanka tidak dapat mengimport barangan asas terutamanya makanan, bahan api serta ubat.

Kemarahan dan kekecewaan rakyat memuncak dengan berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasmi Presiden Gotabaya Rajapaksa di Colombo pada Sabtu lalu selepas protes selama berbulan-bulan.

Orang ramai turut membakar kediaman peribadi milik Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe. Kedua-dua pemimpin itu tiada di kediaman mereka ketika kejadian.


Di daerah Slave Island, Colombo kelmarin, beratus-ratus penduduk menunggu token yang mereka boleh gunakan untuk mendapatkan gas memasak selepas penghantaran baharu gas petroleum cecair tiba di Sri Lanka kelmarin.

Barisan silinder gas biru kosong yang disusun mengelilingi beberapa blok pangsapuri. Penduduk juga perlu menunggu selama berjam-jam.

Seorang penduduk P Selvi Kalachelvi mengeluarkan beg plastik berisi roti daripada beg tangannya. Wanita itu berkata, itu sahaja yang dia makan pada hari tersebut.

“Saya sudah enam bulan tidak mempunyai gas memasak. Saya pernah menunggu selama empat hari untuk mendapatkan minyak tanah tetapi masih tidak dapat apa-apa. Semua orang menderita, apa yang boleh kami lakukan,” katanya.

Gas memasak berkurangan selama berbulan-bulan, manakala banyak stesen minyak menghentikan jualan kepada orang awam dua minggu lalu untuk menjimatkan bekalan bagi perkhidmatan penting.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori