Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Yee Khie Mula Tumpu...

SEPANG - Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia bagi...

Penceramah Jakim Disiasat Kutuk...

Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pihaknya sudah memulakan siasatan...

WHO Bincang Masa Sesuai...

GENEVA : Pakar kesihatan awam dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengadakan perbincangan untuk...

Majikan Degil, Proses E-Kad...

PUTRAJAYA - Kedegilan majikan untuk tampil buat pendaftaran disifatkan sebagai punca proses permohonan...

Stok Penimbal Ubat Kerajaan Mula Diagihkan Ke Klinik Swasta

CYBERJAYA: Stok penimbal ubat-ubatan kerajaan yang diuruskan Pharmaniaga Bhd sudah diagihkan kepada klinik swasta sejak semalam susulan kekurangan ubat-ubatan tertentu di pasaran, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, punca kekurangan ubat-ubatan adalah disebabkan permintaan di luar jangkaan terutama ubat demam, batuk dan selesema jika dibandingkan sebelum tercetusnya pandemik COVID-19.

“Kalau pergi ke klinik swasta dan ada jual Paracetamol yang ada cap KKM (Kementerian Kesihatan), memang kita jual kepada mereka daripada stok penimbal.

“Ada Paracetamol, akan ada sirap batuk (dan) yang ada cap KKM itu memang sah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hematogenix Malaysia iaitu makmal penyelidikan klinikal onkologi pusat yang pertama di Malaysia, di sini hari ini.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata, pengagihan ubat-ubatan akan didahulukan kepada klinik-klinik dan hospital swasta yang mengalami kekurangan ubat.

Mengenai situasi jangkitan influenza dalam negara, beliau berkata sebanyak 213 kluster dilaporkan di sekolah rendah dan menengah sehingga Minggu Epidemiologi 29/2022 (17 hingga 23 Julai), 16 kluster di tadika dan 10 kluster di institusi latihan atau kolej.

“Tahun ini ada peningkatan ketara (jangkitan influenza). Ini adalah disebabkan tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli pembukaan sekolah. Ia mendedahkan rakyat terutamanya kanak-kanak yang mungkin tahap imuniti mereka agak rendah, selepas dua tahun berkurung di rumah,” katanya.


Mengenai tindakan seorang individu yang mendakwa dirinya seorang doktor di Pahang, Khairy berkata, KKM akan membuat laporan polis terhadapnya dan mengambil tindakan sewajarnya.

Tular di TikTok dan Facebook mengenai seorang individu mendakwa dirinya seorang pakar perubatan dalaman UD56 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang dan menerusi mesej tular, lelaki itu didakwa menjual barangan perubatan dengan harga mahal.

Satu semakan menerusi sistem Majlis Perubatan Malaysia (MMC) turut mendapati nama individu itu tiada dalam rekod.

Mengenai status Hospital Cyberjaya, Khairy berkata, satu pengumuman mengenainya akan dibuat bulan hadapan.

Pada November tahun lalu, Khairy dilaporkan berkata KKM akan membuka permintaan untuk cadangan (RFP) bagi model pengoperasian Hospital Cyberjaya kepada pakar dan juga syarikat perubatan swasta, termasuk cadangan bagi perolehan perkhidmatan kepada penduduk Cyberjaya yang layak pada kadar hospital kerajaan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori