Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Melaka United Tumpu Perkukuh...

MELAKA - Melaka United akan memberi tumpuan memperkukuh barisan pertahanan pasukan itu dalam...

2 Suspek Kes Dera...

SUNGAI PETANI - Seorang ibu dan teman lelakinya yang merupakan suspek utama kes...

Raja Permaisuri Agong Kirim...

SHAH ALAM - Arkitek yang juga penulis, Teme Abdullah melalui akaun Twitternya, @itsteme...

Konflik Dengan Israel Bukan...

DOHA - Pemimpin Hamas Khaled Meshaal berkata peperangan terbaharu dengan Israel bukan konflik...

Strategi Pengecut Pembangkang

Apa sahaja pembangkang tidak perlekehkan tentang kerajaan sehinggakan kos lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jepun pun dipertikai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kenyataan menteri-menteri di Dewan Rakyat dikritik dan dipermain-mainkan seolah-olah menteri sedia ada semuanya tidak tahu buat kerja.

Ada sahaja anasir-anasir salah guna kuasa oleh kerajaan cuba dinaratifkan oleh pembangkang di Parlimen sejak mula bersidang minggu lalu.

Jadi apa motif pembangkang mempertahankan kerajaan campuran sedia ada ini daripada dibubarkan supaya PRU-15 dapat diadakan?

Jika benar kerajaan yang ada ketika ini tidak bagus dan tidak pandai mentadbir negara, mengapa pembangkang beriya-iya mahu mengekalkannya?

Jawapannya cuma satu iaitu pembangkang lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding kepentingan rakyat.


Bukti pembangkang tiada ‘political will’ demi rakyat apabila menyekat mandat diserahkan semula kepada rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.

Mungkin mereka berfikiran dengan membiarkan rakyat terus berdepan pelbagai isu memberi peluang untuk mereka meraih kembali sokongan.

Ini adalah politiking yang paling hambar, lemah dan penuh khianat terhadap Ikrar untuk memperjuangkan rakyat. Jangan ingat rakyat bodoh.

Walhal rakyat tahu apa pembangkang sedang lakukan, bagaimana agaknya pembangkang boleh terfikir strategi pengecut mereka itu boleh berjaya?

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori