Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Najib Tiba Di Milan...

MILAN (Itali) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini...

Teresa Kok Dedahkan Kebaikan...

PETIKAN FB Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri Industri Utama, Teresa Kok juga tanya...

Pengacara 3R Kahwin Lesbian...

TERKEJUT dan tergamam... Sejak semalam, kecoh di kebanyakan portal hiburan tempatan tentang 'kisah...

Khairy Ucap Tahniah Kepada...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan...

Sunak Ikrar Bersikap Tegas Terhadap China Jika Jadi PM Britain

LONDON: Rishi Sunak berikrar akan bersikap lebih tegas terhadap China sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Britain.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Malah, calon dari parti Konservatif itu turut menggelar kuasa besar Asia sebagai `ancaman nombor satu’ terhadap keselamatan negara dan global.

Bekas menteri kewangan itu membuat janji demikian selepas pesaingnya, Liz Truss menuduh beliau bersikap lemah terhadap China dan Russia.

Sebelum ini, Global Times melaporkan Sunak merupakan satu-satunya calon dalam pemilihan itu yang mempunyai pandangan jelas dan pragmatik dalam membangunkan hubungan United Kingdom (UK)-China.

Namun, Truss pula dalam laporan Daily Mail menyifatkan `pujian’ China terhadap Sunak tidak diingini oleh sesiapa.

Selain itu, Sunak turut mencadangkan penutupan kesemua 30 Institut Confucius di Britain sekaligus menghalang penyebaran pengaruh China melalui program budaya dan bahasa.

Ahli politik itu juga berjanji untuk menyingkirkan Parti Komunis China (PKC) dari universiti negara itu dengan memaksa pihak pengurusan pendidikan tinggi mendedahkan pembiayaan asing lebih daripada AS$60,000 (RM267,000) dan menyemak semula perkongsian penyelidikan.


Dalam pada itu, Sunak berkata, agensi pengintip domestik Britain MI5 akan digunakan untuk membantu memerangi pengintipan China.

Malah, katanya, beliau akan berusaha membina kerjasama antarabangsa ‘gaya NATO’ untuk menangani ancaman China di alam siber.

Sunak memaklumkan akan turut meneliti untuk mengharamkan pengambilalihan aset utama British oleh China termasuk firma teknologi yang sensitif secara strategik.

Sementara itu, Truss juga menggesa pendekatan lebih keras dengan menyeru pemimpin negara G7 untuk menjadi `ekonomi NATO’ terhadap ancaman China.

Beliau juga memberi amaran kepada Beijing mengenai sekatan sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan antarabangsa.

Sunak dan Truss mendahului pusingan terakhir undian oleh Ahli Parlimen Konservatif dalam pemilihan perdana menteri Britain yang baharu.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori