Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MARA Cadang Bina MRSM...

KOTA BAHARU - Majlis Amanah Rakyat (MARA) bercadang membina Maktab Rendah Sains Mara...

Penipuan Besar Dalam Pemilihan?...

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR kini berada di persimpangan dilema menjelang kongres kebangsaan...

Editor Sarawak Report Hadir...

KUALA LUMPURv- Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown hadir di Kompleks Mahkamah Kuala...

Dakwaan ‘Royal Coup’ Hina...

KUALA LUMPUR - Dakwaan mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) digulingkan secara ‘royal coup’...

Syed Saddiq Sekali Lagi Mohon Cabar Kredibiliti Saksi

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sekali lagi memohon untuk memulakan prosiding mencabar kredibiliti saksi utama pendakwaan, Rafiq Hakim Razali, dalam kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Syed Saddiq melalui peguamnya, Gobind Singh Deo, membuat permohonan kali kedua itu di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, berdasarkan percanggahan yang wujud dalam keterangan lisan Rafiq Hakim di mahkamah dan pernyataan saksi yang direkodkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gobind berhujah, antara perkara bercanggah pada keterangan lisan di mahkamah dan kenyataan direkodkan SPRM adalah membabitkan tempat serta masa arahan didakwa diberi oleh tertuduh untuk pengeluaran wang RM1 juta.

Beliau berkata, saksi menerusi keterangan lisannya di mahkamah memberitahu arahan yang didakwa diberi oleh Syed Saddiq untuk pengeluaran RM1 juta itu dibuat selepas ‘Langkah Sheraton’, pada perjumpaan di rumah tertuduh.

“Bagaimanapun, saksi menerusi pernyataannya kepada SPRM pula berkata arahan untuk pengeluaran RM1 juta itu dibuat menerusi panggilan telefon pada awal Mac 2020,” katanya.

Gobind turut berhujah bahawa terdapat percanggahan pada keterangan lisan Rafiq Hakim, di mana saksi tidak bersetuju bahawa wang dalam akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) adalah hasil kutipan dana orang ramai oleh Syed Saddiq sendiri untuk berkempen di Muar.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada kenyataan saksi, Rafiq Hakim mengesahkan sumber kewangan ABBE adalah hasil sumbangan orang ramai sepenuhnya, iaitu melalui Majlis Makan Malam di Muar dan Majlis Makan di sebuah hotel.

“Majlis makan ini diadakan untuk tujuan mendapatkan dana bagi Syed Saddiq sendiri, iaitu berkempen di Muar,” katanya.

Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon dibekalkan keterangan saksi yang dirakamkan oleh SPRM.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, berhujah bahawa permohonan pembelaan itu adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

“Tindakan itu adalah kerana pembelaan sebenarnya cuba untuk melihat keseluruhan kandungan pernyataan berkenaan, dan bukan untuk memulakan prosiding mencabar kredibiliti saksi.

“Sekarang, pihak pembelaan melakukan percubaan kali kedua mengikut pintu belakang untuk memulakan prosiding mencabar kredibiliti ke atas SP13,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan Isnin ini untuk keputusan permohonan itu.


Pada 7 Julai lalu, pihak pembelaan membuat permohonan untuk mencabar kredibiliti Rafiq Hakim berhubung kandungan pernyataan saksinya yang didakwa bercanggah dengan keterangan lisan di mahkamah.

Bagaimanapun, pendakwaan berhujah bahawa pernyataan saksi Rafiq Hakim tidak mempunyai asas undang-undang kerana pihak pendakwaan tidak mengemukakannya di mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid, memutuskan demikian selepas berpendapat pernyataan saksi oleh Rafiq Hakim yang ketika itu Penolong Bendahari ARMADA, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mencabar kredibiliti beliau.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim sebagai Penolong Bendahari ARMADA BERSATU yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta ketika itu, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB, KL Sentral, di sini, pada 6 Mac 2020. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebat dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik ABBE, dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang terbabit.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya, yang didakwa merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru, pada 16 dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori