Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Neymar, Ronaldo Jadi Buruan...

SEPERTI selebriti, pemain bola sepak juga tidak terlepas dari bahang populariti sehingga mereka...

Kes COVID-19 Libatkan Petugas...

KUALA LUMPUR - Terdapat dua kes positif COVID-19 yang dikesan hasil ujian saringan yang...

Genervie Berbudi Bahasa, Pandai...

SETELAH tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi terkenal Hazama baru-baru ini telah mengumumkan...

Harga Minyak Minggu Ketiga...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar yang ditetapkan secara mingguan mulai 30...

Thailand Buka Semula Pusat Kuarantin Covid-19, Filipina Berwaspada

BANGKOK: Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengarahkan semua 50 pejabat daerah untuk menyediakan pusat kuarantin komuniti dan bekalan perubatan bagi menangani gelombang baharu Covid-19.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut laporan Pusat Berita Anti-Berita Palsu Thailand, arahan dibuat susulan lonjakan pesakit Covid-19 di pusat bandar Bangkok.

“Pesakit yang tinggal di tengah-tengah Bangkok akan dipindahkan ke hospital di pinggir bandar ini.

“Penduduk yang didapati positif atau berisiko jangkitan Covid-19 boleh mendapatkan rawatan di pusat penjagaan kesihatan awam atau klinik komuniti berhampiran rumah mereka.

“Kemudahan kuarantin juga akan disediakan di semua daerah Bangkok, terutamanya dalam komuniti yang sesak,” menurut siaran itu.

BMA juga akan mengambil langkah menggalakkan kumpulan yang terdedah, termasuk warga emas, wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit kronik bagi menerima suntikan penggalak mereka secepat mungkin.


Setakat ini, Thailand merekodkan 4.5 juta kes jangkitan termasuk 30,885 kematian akibat Covid-19.

Sementara itu, di Filipina, Jabatan Kesihatan (DOH) mengingatkan orang ramai supaya tidak panik, sebaliknya berhati-hati untuk menghindari jangkitan coronavirus.

Timbalan Setiausaha Kesihatan, Maria Rosario Vergeire, berkata purata jangkitan harian baharu meningkat kepada 1,535 kes, lebih tinggi daripada 1,009 kes yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

“Hanya berdasarkan jumlah ini, kita dapat melihat bahawa kes semakin meningkat dan perlu berhati-hati,” katanya.

Setakat ini, Filipina merekodkan 3.72 juta kes jangkitan Covid-19 termasuk 60,640 kematian.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori